Kalau dilihat kepada senarai jawatankuasa BERSIH, bukan calang-calang orang yang mendudukinya. Semuanya dari kalangan orang yang "habis pandai". Bercakap dengan orang yang habis pandai ni memang susah.
Puas sudah nasihat dan amaran diberikan. Namun perhimpunan BERSIH 2.0 tetap ingin mereka teruskan. Bermacam sebab dan musabab diberi oleh pihak berkuasa dalam meminta mereka membatalkan rancangan perhimpunan tersebut. Jawapan sama tetap mereka berikan iaitu mereka pasti tidak akan berlaku kekecohan pada hari itu. Macam mana mereka pasti, kitapun tak tahu. Kalaupun tak berlaku kekecohan, siapa yang nak ganti kerugian para peniaga pada hari itu. Kenapa mereka tak jawab hal ini. Siapa yang nak tambah duit sewa pemandu teksi, siapa yang nak sponsor minyak pada kenderaan yang tersadai kat jalanraya, kalau dah ramai-ramai berarak ada terlanggar atau tersenggul dan merosakkan hak awam, siapa nak bayar?
Maka pulak yang mengikut mereka adalah dari puak-puak yang jenis tak reti bahasa. Kalau tengok kepada pengalaman beberapa pilihanraya kecil yang lepas, puak-puak ni bertindak macam gangster. Ataupun BERSIH ni memang ada gangster besar yang sponsor?
Yang PAS pulak marah sangat dengan RTM ngapa pulak? Dah jadi tanggungjawab pemerintah untuk memastikan dan menasihatkan rakyatnya agar tidak terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang salah dari segi undang-undang. Kerajaan dan RTM tak pernah halang rakyat nak ikut parti mana sekalipun, tapi jangan lawan undang-undang dan jangan timbulkan kekacauan. Apakah niat baik RTM itupun PAS tak nampak? Itulah, kalau pemimpinnya asyik tengok bontot bini orang aje, mana nak nampak benda yang dah jelas baik, yang dia nampak cuma “barang baik” aje.
Sudah tepat tindakan PDRM menutup pintu rundingan. Tiada gunanya berunding atau menasihatkan orang yang bengap, bahlol dan pekak badak. Gunakan segala peruntukan undang-undang yang ada. Sumbatkan semua yang degil tu ke dalam lokap. Buat tindakan pre-emp. Rakyat jelata akan sokong PDRM. Rakyat Malaysia majoritinya hidup mewah, kalau tak mewah duitpun mewah makan, dah tak mahu kepada kucar kacir dan huru hara.
Sumbat penuh-penuh. Hak??? Dia orang mana fikir hak orang lain. |
Sumbatkan semua pencetus huru hara itu ke dalam satu bilik. Biar dia orang dapat terus bermesyuarat sesama sendiri. Biar mereka sekumpulan sahaja yang gila, jangan sampai rakyat yang gila. Pasal orang pandai ni, bila dah habis pandai, dia meroyan, lepas meroyan dia jadi gila…..macam A Samad Said.
No comments:
Post a Comment