TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, August 17, 2011

40% MAKANAN DI BAZAR RAMADAN KELANTAN TERCEMAR

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Wan Mansor Hamzah dilaporkan oleh NST hari ini sebagai berkata bahawa 40% makanan yang dijual di bazar Ramadan di Kelantan tercemar dengan bacteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
Seronoknya memilih juadah, makannya tak seberapa.
Menurutnya, Jabatan Kesihatan mula memantau makanan yang dijual di bazar-bazar Ramadan semenjak awal puasa lagi dan telah mengambil beberapa contoh untuk dianalisis. Hasilnya terdapat bacteria e.coli, coliform, staphylococcus dan bacillus.

Menurutnya lagi, pencemaran makanan ini adalah tanda jelas bahawa pengendali makanan mengabaikan kebersihan diri, peralatan memasak dan persekitaran tempat menyediakan makanan.

Apapun, orangramai masih lagi gemar dengan juadah berbuka yang dibeli di bazar Ramadan. Mudah-mudahan dengan lafaz Bismillah dan niat nak buka puasa tu, dielakkan oleh Allah SWT dari musibah keracunan makanan. Sesamalah kita sentiasa berbaik sangka dengan para penjual dan pembuat juadah berbuka tu.

3 comments:

wb16250 said...

macamana nak bersih..air yg diguna untuk masak pon dah terang terangan tak bersih...dah macam2 kaedah dibuat..saya dah habiskan 3 ribu beli penapis untuk tapis air jadi jernih...alih2 air pulak tak dok..alahai nik ajis...ada hati pulak nak buat jln bertol...tolong la selesaikan dulu masalah air ni..malu ah bila ore lain cakap ore klate pengotor!!!

zahari1950 said...

Bulan ramadan tahun lepas, 2 hari aku muntah cirit birit kat rumah, lepas tu masuk wad 4 hari. 10 hari tak puasa kerana kurang air dan zat dalam badan. Dek penangan makan nasi dengan lauk berbuka puasa yang dibeli disatu lokasi pasar ramadan di kelantan. Sampai hari aku phobia nak beli lauk di pasar ramadan di kelantan. Bukan semua gerai tapi yang mana satu yang bersih?.

Makanan terdedah beberapa jam dengan habuk serta percikan peluh dan air liur penjual dan pelanggan. lalat langau hijau berkilat berterbangan hinggap ditampat kotor dan di atas makanan yang tidak bertutup. hei gelinya.

Itu belum masuk bab penyedia makanan yang tak mengambi berat tentang kebersihan. lepas buang air besar, selepas basuh punggung, basuh tangan lebih kurang tanpa bersabun dengan kuku hitam terus capai bahan masakan dan membuat kuih.

jangan kutuk aku kerana aku dah alaminya. nasib tak menemui ajal sahaja lagi. Jadi mana-mana peniaga dan penyedia makan sila jaga kebersihan. jangan iniayakan orang. walaupun tak sengaja dan tak berniat jahat tetapi cuai.

Bukan di kelantan sahaja tetapi di pasar ramadan seluruh Malaysia. Bukankah keberishan itu adalah amalan islam.

TENGGARA is SOUTHEAST said...

Saya setuju dengan anda berdua di atas. Dalam penyediaan makanan, air yang bersih adalah perkara yang paling utama.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI