TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, August 13, 2011

DS NAJIB KENA TUNJUK PINTU KELUAR KEPADA TSU KOON

Kemelut Koh Tsu Koon dan Pulau Pinang hanya akan menambah sukarkan lagi hasrat BN untuk merampas kembali negeri Pulau Pinang dari DAP pada pilihanraya yang akan datang. Suara-suara yang datang kebanyakkannya dari kalangan bekas pemimpin Gerakan sendiri tidak harus dipandang ringan.
Dalam hal ini Tsu Koon kena bersikap realistik. Menyelongkar kembali apa yang telah beliau lakukan semasa menjadi Ketua Menteri bukanlah kayu pengukur akan relevan atau tidaknya seseorang itu pada suasana politik semasa. Tidak ada gunanya Tsu Koon cuba untuk mempertahankan diri kerana Tsu Koon harus sedar bahawa walau banyak manapun kemajuan yang berjaya dibawanya semasa mengetuai kerajaan Pulau Pinang, rakyat Pulau Pinang sendiri telah menolaknya pada pilihanraya umum 2008 sehinggakan beliau sendiri gagal untuk mempertahankan kerusi beliau sendiri. Itu adalah kayu pengukur yang sangat jelas dan tidak perlu dipertikaikan lagi.

Bukankah lebih baik dalam hal ini sekiranya Tsu Koon benar-benar ingin mewujudkan kestabilan semula dalam Gerakan dan menyumbang kepada BN, beliau mengambil tanggungjawab atas semua kekalahan di Pulau Pinang dan menyerahkan seseorang yang baru untuk mengetuai Gerakan samada di peringkat Negeri mahupun Persekutuan. Tsu Koon sepatutnya berasa malu terhadap dirinya sendiri dan beliau sepatutnya dari awal lagi perlu menjangkakan bahawa akan keluar suara-suara yang bakal mengkritiknya sekiranya beliau terus ingin menerajui Gerakan selepas kekalahan yang teruk.

DS Najib juga mungkin silap dengan menjadikan Tsu Koon senator dan menjadikan beliau menteri. Sekiranya   ahli Gerakan sendiri menolak Gerakan dan BN bermakna mereka memang tidak mahukan perwakilan dalam kerajaan. Menjadikan Tsu Koon senator dan menteri hanya akan menambahkah kebencian golongan-golongan yang telah menolak Gerakan dalam pilihanraya yang lepas dan dengan langkah DS Najib itu, bagaimana mungkin BN dapat mengembalikan keyakinan para pengundi untuk memilih semula Gerakan dalam PRU 13 nanti? 

Daripada membiarkan Tsu Koon terus bernostalgia dengan cerita dulu marin, alangkah baik sekiranya DS Najib sendiri yang menunjukkan jalan ke pintu keluar kepada Tsu Koon. Mudah-mudahan dia akan tersedar bahawa sememangnya beliau sudah tidak relevan lagi dengan suasana politik hari ini.

4 comments:

HHalem said...

China ni orang dia sendiri pun dah reject.

Najib jer angkat dia.

TENGGARA is SOUTHEAST said...

HH,
Tak tau le kenapa DS Najib suka sangat kat orang reject ni. Tsu Koon, rejected, Pala rejected dan ramai lagi le.

Anonymous said...

Aku tak nampak dan dengar langsung gerakan yang diatur dan kesannya terhadap usaha-usaha mengembalikan sokongan pengundi kepada GERAKAN yang dikepalainya.

Apa yang aku nampak hanya usaha-usaha keras kerajaan pusat, Blogers Pro-BN Peneng dan pimpinan UMNO. GERAKAN macam duduk goyang telor dan menanti mood pengundi Cina kembali kepadanya dengan usaha-usaha yang dijalankan pihak lain.

Ingatlah Soo Kun, walaupun anda itu berstatus menteri, tetapi itu adalah IKHSAN PM demi maruah dan strategi masa depan. Hal ini rasanya tiada kaitan dengan Soo Kun sebagai bakal pengganti Guan Eng kelak jika inilah prestasi dan upaya (KPI) yang telah anda tunjukkan setelah diaibkan DAP menerusi PRU-12 (Jika tahu malu le)

Kerusi DUN atau Parliment Peneng mana rasanya boleh memenangkan kamu wahai So Kun? Jangan kau tunjuk kawasan undi mejoriti Melayu sudahlah>>>>> ada hati nak jadi CM sedang congak mudah tunjukkan anda jauh daripada tahap kemungkinan itu. Tegasnya, GERAKAN kelihatan sangat-sangat kerdil berbanding DAP di Penang pada masa ini.

Anonymous said...

Tengok betul-betul muka poyo Su Kun pada gambar di atas. Hancus! Jauh daripada untuk layak dinamakan sebagai general yang akan mengetuai peperangan (PRU-13) menawan semula Penang daripada DAP. Muka cerminan 'konong' dan 'bolos' yang langsung tidak sesuai untuk dijadikan panglima dalam peperangan besar. Menenpek dan harap ikhsan pandailah dia. Cit... mengaibkan bila tak sedar diri.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI