TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, August 15, 2011

FELDA JOHOR BAYAR ZAKAT RM3 JUTA, BANKRAP KE?

DS Najib sewaktu berkunjung dan bertemu dengan masyarakat Felda di Johor menyifatkan bahawa Felda merupakan satu kejayaan paling manis yang dicapai kerajaan semenjak merdeka. 
DS Najib mengacau bubur lambuk di Felda Tunggal, Johor
Mengikut perangkaan, purata pendapatan peneroka Felda sekarang ini ialah sekitar RM4000 sebulan. Satu angka yang besar yang mungkin tidak pernah diimpikan oleh para peneroka suatu ketika dahulu. Menurut DS Najib RM4000 sebulan  dan tinggal di Felda adalah sama dengan RM8000 sebulan bagi mereka yang tinggal di bandar.

Menyanggah tuduhan pembangkang bahawa Felda adalah satu institusi yang bankrap, DS Najib bertanya, mana mungkin jika Felda bankrap, Felda Johor sahaja membayar zakat sebanyak RM3 juta untuk tahun ini. 

Aku tak pasti pulak, samada Mazlan Aliman ada sama tak menyambut DS Najib. Selalunya orang Felda bila sebut DS Najib nak datang, mereka bertungkus lumus nak menyambutnya, maklumlah selama ini Felda memang anak emas kerajaan. Mazlan mungkin tak datang kerana dia mungkin ingat dia tak ada terhutang budi dengan Felda, mungkin sejak kecil lagi PAS dah bantu mak bapak dia menyekolahkan dia adik beradik. 

Aku ingat Mazlan Aliman pun dah pening kepala fikirkan macam mana nak putar orang Felda lagi. Nak juga bertanya, kalau Felda yang dikatakan bankrap, Felda Johor boleh bayar RM3 juta zakat, agak-agaknya PASTI yang tak bankrap tu berapa bayar zakatnya tahun ini yea???

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI