TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, August 18, 2011

JPJ CARI ULAT TIKET

Sempena Ops Hari Raya Aidilfitri 2011 yang telah dilancarkan pada 14 Ogos lalu, JPJ negeri Johor  melakukan pemantauan terhadap kegiatan ulat tiket. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini, masih belum ada tangkapan yang dibuat.
Ulat tiket yang biasanya bermaharajalela setiap kali musim cuti dan perayaan, sekiranya ditangkap dan didapati bersalah dibawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD) boleh dihukum penjara maksimum sehingga lima tahun dan denda maksimum sehingga RM50,000.

Semoga dengan pemantauan ketat JPJ ini, tidak akan ada yang menjadi magsa ulat tiket pada raya tahun ini yang mana di negeri Johor ini, terdapat dua lokasi utama kegemaran ulat tiket, iaitu di Terminal Larkin, Johor Bahru dan Terminal Bentayan, Muar.

Kegiatan ulat tiket yang tidak berhati perut ini seharusnya dibenteras habis-habisan dan selain dari itu sekiranya mereka ini ditangkap, cuba pastikan apakah terdapat keterlibatan sama pengusaha bas dalam menggunakan khidmat mereka demi untuk mengaut keuntungan berlebihan.

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI