TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, August 12, 2011

KADIR JASIN PUN NAK JADI PEGAWAI MEDIA PM KE?

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk A Kadir Jasin, menulis dalam blognya mempersoalkan mengapa DS Najib mempunyai terlalu ramai Pegawai Media, iaitu seramai 11 orang. Teguran Kadir itu akhirnya diambil oleh media pembangkang sebagai satu pembongkaran oleh "bekas propagandis UMNO".
Kadir membandingkan bahawa cuma 3 orang pegawai media sahaja pada zaman Tun M. Selain itu dia juga mempersoalkan saiz kabinet DS Najib yang dikatakan terlalu besar hingga terlalu banyak menteri jika dibandingkan dengan lain-lain negeri yang jauh lebih banyak penduduknya.

Tak tahu pulak samada Kadir serius mempertikaikan jumlah Pegawai Media yang dikatakan terlalu banyak itu, ataupun cuma terkilan mengapa dalam seramai itu dia tidak tersenarai. Ini kerana sesetengah dari mereka itu cuma nama-nama kecil sahaja jika dibandingkan dengan Kadir. 

Apapun, aku menerima berita ini dengan positif, mungkin pada zaman Tun M, keperluannya tidak sama dengan zaman DS Najib. Tun M cuma perlu menangani media cetak sahaja, tetapi sekarang DS Najib perlu menangani media maklumat yang cepat dan tanpa sempadan. Tentu keperluannya berbeza.

2 comments:

kluangman said...

Itu sekadar menunjukkan ketidakcekapan Najib dan lagipun, ada yang nak jaga Rosmah juga.

Anonymous said...

apa punya low class mentality blogger

yang ko kata nak sangat jadi pgawai media tu orang tua. orang berpengalaman.

dia menegur saja kau jawab dgn biadap.

ko ada pengalaman?

itu yg akhirnya jadi pada budak2 skrg ... bodoh sombong.

perasan ada ijazah dah pandai. tapi tak tau apa.

nak ngajar org pulak?

ARTIKEL HANGAT BULAN INI