TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, August 17, 2011

PAS DITUNTUT MEMOHON MAAF

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mohd Zin Mohamed menuntut agar PAS mengemukakan permohonan maaf secara terbuka terhadap UMNO atas tuduhan bahawa UMNO mendalangi operasi JAIS terhadap DUMC.

Datuk Mohd Zin berkata tuduhan yang dilemparkan oleh Setiausaha Agong PAS, Mustafa Ali itu tidak patut berlaku kerana serbuan oleh JAIS itu adalah sebahagian dari tugas penguatkuasaan  JAIS dalam menjaga hal ehwal agama Islam. Ianya bukan isu politik dan bukan untuk dipolitikkan.

Tindakan undang-undang mungkin diambil sekiranya PAS dan Mustafa Ali enggan memohon maaf.

Orang PAS ni memang dah jadi satu kebiasaan kepada mereka. Apa jua masalah yang hinggap yang mereka tak mampu nak selesaikan, mereka akan letak kesalahan ke atas UMNO. Nanti agaknya kalau ada pemimpin PAS yang mati sebab dah tuapun mereka kata itu semua sebab UMNO.

Bagaimanapun, orang UMNO patut bersyukur dengan perangai pemimpin PAS ni, sekurang-kurangnya rakyat dapat menilai setakat mana perjuangan PAS. Pengetahuan pemimpin PAS hanyalah setakat menyalahkan UMNO sahaja, tak lebih dari itu. Itulah sebabnya mereka dengan mudah diperbodohkan oleh DAP. Bagaimana mereka memperbodohkan orang Islam dengan janji syurga mereka, begitulah juga mereka dengan mudah termakan dengan janji syurga DAP!!!

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI