TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, September 30, 2011

DS NAJIB BERKIAS, HARAP SEMUA FAHAM

Hari itu DS Najib menyatakan hasrat untuk menghapuskan kuota Bumiputera, ramai Melayu yang mengeluh, tak kurang juga yang menjerit. Bangsa lain dari Melayu dah mula tersenyum sumbing. Tak sampai sehari selepas DS Najib menyatakan hasratnya, Ketua Penerangan Pemuda PAS berkata bahawa penghapusan kuota Bumiputera adalah satu pengkhianatan UMNO kepada orang Melayu (lihat SINI).

Semalam DS Najib berkata pula bahawa Melayu jangan ambil hak orang lain, tapi gunakan kuasa politik untuk berjaya. Kalau bersatu, tak perlu kuota. Antaranya DS Najib berkata;
“Dalam kita memastikan kejayaan orang Melayu kita tidak boleh mengambil hak orang lain tetapi orang Melayu perlu menggunakan kuasa politik daripada kerajaan sedia ada. Sebagai contoh apabila kita melaksanakan projek MRT kita memutuskan 43 peratus daripada projek ini diberikan kepada usahawan dan syarikat bumiputera Jadi kita tidak ambil hak orang lain ”.

Sebenarnya 43% peratus yang DS Najib cakaptu masih rendah lagi Kalau Melayu bersatu, hak kita bukannya 30%, tetapi 66.7 peratus berdasarkan bancian penduduk terakhir (lihat SINI). Aku harap orang-orang Melayu yang bukan UMNO tu, kalau tak nak masuk UMNO pun tak mengapa le, tapi desak lah para pemimpin untuk bersekutu dengan UMNO.

Hanya dengan penyatuan semua parti politik Melayu dengan UMNO yang sedang memegang kuasa sekarang ini sahaja dapat memperkukuhkan lagi kekuatan Melayu dalam menuntut dan mempertahankan hak mereka di Tanah Melayu ini.

Sebagai parti politik Melayu kedua terbesar di Malaysia, suka aku menjawab Ketua Penerangan Pemuda PAS tadi bahawa, sekiranya PAS masih lagi bersekongkol dengan DAP dalam menjatuhkan UMNO dan BN, maka PAS telah melakukan pengkhianatan terhadap bangsa Melayu kerana gagal membantu parti Melayu yang sedang berkuasa untuk memperkukuhkan lagi kekuatan politik Melayu. Sekiranya kita bersatu,  sangat jelas, hak kita bukannya 30%.


1 comment:

Anonymous said...

PUAK PAS NI SEBENARNYA SANGAT JAHAT. MEREKA HIDUP HANYA MENGHARAPKAN APA ORANG CAKAP DAN BANGKANG. KALAU TAK ADA ISU HABISLAH MEREKA. YANG MEREKA TAHU CARI SALAH DAN BURUK ORANG WALAUPUN TAK BETUL. MAKA DIJAJALAH SERATA DUNIA. BAGI MEREKA ITU BUKAN FITNAH. TAPI FITNAH BAGI MEREKA IALAH KALAU ORANG LAIN KATA KEPADA KETUA MEREKA WALAUPUN PERKARA ITU BENAR. ITULAH HIDUP MEREKA SEJAK DULU DAN AKAN TERUS BEGITU SEBAB SIANG MALAM MEREKA DILATIH HANYA UNTUK MENCARI BURUK DAN SALAH ORANG. TAK PERNAH TERLINTAS DIHATI MEREKA NAK TENGOK BAHAWA DALAM PERUT MEREKA SENDIRI PENUH TAHIK YANG SANGAT BUSUK MALAH MUNGKIN LEBIH BUSUK DARI ORANG LAIN.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI