TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, September 13, 2011

DS NAJIB KENA LEBIHKAN MELAYU

Aku sangat bersetuju dengan kenyataan Tun M bahawa salah tafsiran mengenai konsep 1 Malaysia menyebabkan lebih banyak berlakunya perpecahan kaum di Malaysia ini.
Bagaimana tak salah tafsir, masih ramai lagi orang Malaysia yang tak fasih bahasa Malaysia. Maka bila tak faham bahasa, tentunya masing-masing membuat tafsiran dan pemahaman masing-masing. Bila sebut bangsa Malaysia, semua orang bukan Melayu berebut-rebut bersetuju nak jadi bangsa Malaysia, tapi bila nak tutup sekolah jenis kebangsaan, mereka tak nak pulak mengaku bangsa Malaysia.

Bila dari kecil lagi dah diasingkan, maka sampai ke tua akan terasing. Ini bukan kehendak kerajaan. Ini kehendak orang-orang yang cuma hendak dikenali sebagai bangsa Malaysia.

Bagi orang Melayu pula, 1 Malaysia bukan bermakna semua benda mesti dikongsi. Serupa macam duduk dalam satu rumah, bukan semua benda boleh dikongsi. Kalau setakat selipar, baju, pinggan mangkuk, sepit kuku tu mungkin boleh dikongsi tapi takkan sampai seluar dalam dan berus gigi juga hendak dikongsi?

Yang dikatakan serumah tu ialah sama-sama berkongsi kebersihan, sama-sama jaga penggunaan utiliti, sama-sama jaga hubungan baik dengan jiran dan paling penting sama-sama jaga mulut. Jangan harap orang Melayu aje yang nak mengalah.

Matlamat dan hala tuju 1 Malaysia yang diilhamkan oleh DS Najib tu baik, tapi ianya tak jelas kepada rakyat. Bagaimana nak jelas, perkara begini sepatutnya dijelaskan oleh para pemimpin kaum, tetapi mereka juga macam guru silat dulu-dulu, belajar 10 langkah, tapi sampai ke anak buah cuma 7 langkah sahaja demi menjaga kedudukan dan kepentingan sendiri.

Apapun jua keadaannya, dari situasi sekarang nampaknya DS Najib kena mula melebihkan segala-galanya untuk orang Melayu. Orang Cina dan India tak  mungkin membantu dalam usaha mengekalkan kekuasaan politik Melayu kecuali apa yang diinginkan hanyalah mereka perlu lebih segalanya dari bangsa Melayu dan peribumi.

Insyaallah, sekiranya segala-galanya lebih, dan segala-galanya menguntungkan Melayu, mana-mana yang menyokong PAS, PKR, DAP dan yang atas pagar akan kembali menyokong UMNO dan BN. Hanya apabila UMNO kuat dan menerajui BN dengan kekuatan, barulah Melayu akan dihormati dan komponen BN yang lain akan mendapat sokongan. Apabila politik Melayu kukuh dan kuat, bangsa lain samada mereka suka atau terpaksa bermuka-muka, mereka akan menyokong kita kerana mereka amat takut dipinggirkan dan terpinggir.

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI