TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, September 13, 2011

HARI KEMERDEKAAN ATAU HARI KEBANGSAAN

Asalnya Mat Sabu mengiktiraf penyokong komunis sebagai pejuang kemerdekaan, kini berlarutan pulak ke isu samada Malaysia pernah dijajah atau tidak. Sampai bila agaknya pembangkang dan kerajaan nak menamatkan perang psiko gila ni, akupun tak tahu. Akhirnya, rakyat juga yang akan terbeban dengan bermacam masalah.
Itulah ruginya kalau mendapat pembangkang yang tak bertanggungjawab dan mempunyai kerajaan yang tak berani bertindak. Dalam sibuk-sibuk kerajaan dan pembangkang saling jawab menjawab, pihak Telco cuba menangguk mengambil kesempatan mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna. Nasib baiklah, buat sementara waktu dapat ditangguhkan. 

Perkara ini sekiranya kerajaan dan pembangkang boleh bersama-sama berganding bahu untuk menyelesaikan masalah rakyat, ianya bukan setakat ditangguhkan, malah tentu dapat di batalkan terus kerana sememangnya selama ini cukai tersebut telah diserap oleh pihak Telco dan mereka masih mendapat keuntungan yang tinggi.

Sepatutnya pihak kerajaan tidak perlu melayan semua isu remeh dan bodoh oleh pembangkang ini. Namun kita lihat para pemimpin kerajaan juga nampaknya semacam cuba untuk tumpang mengambil populariti dari isu-isu bodoh ini.

Isu kemerdekaan tak perlu ditimbulkan lagi. Apa yang jelas dah 54 tahun kita menyambutnya dan seingat aku selama itu jugalah kita semua masih tidak jelas kerana terkadang kita kata kita sambut hari kemerdekaan dan terkadang kita sambut hari kebangsaan. Maka sekiranya kita terus dengan usaha untuk mencari mana yang betul dan mana yang salah tentang perkara-perkara yang lalu, tentunya kita akan terus ketinggalan kerana banyak masa yang perlu digunakan untuk membangunkan negara hanya digunakan untuk berpolitik.

Seperkata yang sangat jelas bagi aku ialah rakyat Malaysia sekarang ini sememangnya merdeka dan bebas dalam menentukan hala cara hidup mereka selama mana mereka tertakluk kepada undang-undang. Mereka bebas membuat keputusan tanpa perlu menunggu arahan atau kelulusan dari sesiapa.

Cuma yang tak menghargai kemerdekaan hanyalah para pemimpin PAS yang selama ini telah merdeka, telah meletakkan diri dan parti mereka dijajah oleh DAP dan kini yang jelas tidak bebas dalam membuat keputusan ialah PAS. Maka PAS perlulah hentikan isu kemerdekaan dan kepada para pemimpin PAS sekarang ini, jadilah pejuang kemerdekaan untuk parti PAS dari dijajah oleh parti lain.

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI