TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, September 9, 2011

KEMPEN YANG GAGAL

Kempen keselamatan jalanraya sempena cuti hari raya Aidilfitri yang lepas adalah gagal. Ops Sikap 24 mencatatkan peningkatan 16.6% kemalangan jalanraya iaitu sejumlah 19,606 kemalangan yang mengakibatkan 289 kematian.
Mungkin nama kempen Ops Sikap, tidak mencerminkan apa-apa kegerunan kepada pengguna jalanraya. Itu sebabnya dalam tulisan terdahulu (SINI) aku mengesyorkan Ops Sikap ditukar kepada Jom Eksiden. Nama Ops Sikap tidak menampakkan atau mencerminkan ketegasan samada dari pandangan penguatkuasaan undang-undang atau dalam menimbulkan ketakutan kepada orang ramai.

Mungkin di masa akan datang, PDRM perlu mencari tagline yang lebih garang, tegas dan menakutkan. 

1 comment:

Anonymous said...

yang banyak mati penunggang dan pembonceng, yelah polis dok sebok OPSSS pakai kamera yang bawa moto tu dengan pakai topi keledar macam nak tak nak je, tayar pakai tayar sotong, bila masa nak periksa, dah tu dimalam raya le sebok nak race tengah-tengah malam.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI