Sinis sekali sindiran Prof Khoo Kay Kim dengan berkata, "dia tidak bodoh, dia pandai bersandiwara. Jangan salahkan orang macam Mat Sabu, rakyat sendiri mesti guna akal, jangan cepat percaya".
Kira-kira Prof KKK masih lagi tidak mahu mengatakan bahawa Mat Sabu tu bodoh, tolol dan bahlol. Bagaimanapun, sindirannya cukup tajam. Kalau bab bersandiwara, memang seantero Malaysia tahu memang Mat Sabu pandai berlakon. Kalau digandingkan dengan Nuar Ibrahim, sama-sama naik aje.
Tapi orang macam Mat Sabu ni bahaya. Bahaya bila dia terlalu mengagong-agongkan pejuang yang menggunakan kekerasan untuk mendapatkan sesuatu. Ini secara tidak langsung mencerminkan sikap sebenar beliau. Beliau juga mungkin boleh terikut-ikut akan menggunakan kekerasan dan mungkin bersembunyi di hutan apabila hajat perjuangannya tidak tercapai. Mungkin juga ramai lagi pengikut PAS yang setuju untuk jadi prebet kepada Mat Sabu kalau itu berlaku. Sebelum Mat Sabu lari masuk hutan, adalah lebih baik PDRM cepat-cepat selamatkan Mat Sabu ni.
No comments:
Post a Comment