TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, September 16, 2011

PANAS!!! SIAPA UNTUNG ISA DIMANSUHKAN?

Pagi ni sempat juga aku ucapkan tahniah kepada rakan yang mulanya sokong BN, tetapi sekarang dah jadi penyokong kuat pembangkang kerana kononnya gerakan dan tekanan kumpulan mereka berjaya menghapuskan ISA. Rupanya aku silap, dia marah aku balik. Aku tanya balik, kenapa ko tak suka sedangkan para pemimpin pembangkang semuanya tersenyum bangga.
Katanya pemansuhan ISA tu sebenarnya bukan kemenangan kepada pembangkang ianya adalah kemenangan kepada puak-puak BN juga. Pemansuhan undang-undang tu tak memberi apa-apa makna dalam usaha BN nak tarik pengundi. Ikan tetap mahal, ayam tetap mahal, harga barang tetap naik. Jadi buat apa jadi bodoh nak seronok? Undang-undang tu kalau terpakaipun hanya kepada sebilangan kecil warganegara politikus bermasalah.

Menurutnya lagi, BN dah tak nampak jalan bagaimana lagi nak umpan pengundi. Jadi mereka hapuskan ISA tu untuk persediaan mereka jadi pembangkang selepas PRU 13. Itulah tiada sebab kita pembangkang patut gembira, katanya lagi. Bila semua akta-akta tu dah tak ada, senang le BN bila jadi pembangkang. Boleh cakap apa sahaja. Utusan tak le kena batalkan lesen. Orang politik tak kena tangkap.

Nanti bila Pakatan menang lepas PRU13 nak memerintahpun susah, pasal asyik nak layan karenah BN. Nak tangkap tak boleh, nak tutup Utusan tak boleh, semua tak boleh. Nanti masa habis layan pembangkang aje. Pulak dah.......rupanya penyokong pembangkang ada yang dah yakin dapat jadi kerajaan selepas PRU13, tetapi mereka nak pulak ISA, mereka nak akta mesin cetak dan mereka juga nak akta darurat!!! Nak balas dendam kot???

Huhuhu.....apa komen kengkawan? Aku terdiam!

4 comments:

Anonymous said...

Nampak mcm pandangan peribadi anda. Kalu ISA tidaka ada dan kekacauan melampau terjadi, harga makanan lagi mendadak naik! Rakyat marhaen seperti aku pun boleh fikir lah bro...

Mohd said...

Siapakah yg menentang dan takut kpd ISA?
Sudah tentulah mereka yg begitu gemar utk menabur fitnah dan bertindak mengancam keselamatan negara.
Sebenarnya ISA melindungi rakyat jelata dari anasir2 jahat spt ini yg ada dlm negara ini.
Tindakan Najib ini tidak mendahulukan rakyat tetapi memberi ruang yg lebih luas kpd anasir2 jahat yg selalunya berada dlm parti2 pembangkang spt PAS, PKR dan terutamanya DAP.
Rakyat jelata sudah tentu tidak akan berasa selamat bila Najib memansuhkan ISA. Ini akan memberi kesan yg negatif kpd BN di PRU13 nanti.
Inilah akibatnya apabila Najib mendengar nasihat2 sumbang dpd penasihat2 yg ada di sekelilingnya yg sebenarnya adalah gunting dlm lipatan.
Najib sendiri tidak akan kalah di Pekan, Pahang. Sebab dia dlm diam2 telah membawa masuk beribu2 orang Melayu dari Kedah, diberi tanah dan diberi pembangunan infrastruktur di kawasan Nenasi. Mereka ini akan memberi sokongan undi yg kuat utk Najib kekal sbg MP. Tetapi apakah Najib hanya akan jadi Ketua Pembangkang selepas PRU13?
Nampaknya Najib sudah menggali kubur utk BN. Maka betullah Teori R.A.H.M.A.N yg mengatakan Najib akan jadi PM yg terakhir bagi Malaysia.
Bila Pakatan Rakyat sudah berkuasa, Perlembagaan akan dipinda. Malaysia akan dijadikan sebuah Republik dgn sistem raja-raja dihapuskan yg dgn sendirinya akan menghapuskan kuasa politik kaum Melayu. Jadilah The Republic of Malaysia spt The Republic of Singapore. Kaum Melayu yg bodoh dan yg mudah lupa akan mengemis di tanah air sendiri!
Nauzubillah ........

Quantum Metal Consultant said...

Kalaulah dikatakan ucaapan itu merupakan satu kejutan memanglah aku terkejut besar...terkejut sebab ucapan tin ksoong.

Mansuh atau tidak ISA, adakah relevan dan kesan secara langsung kepada rakyat, apakah mansuh ISA hari ini, esok dapur kita tiba-tiba penuh dengan beras...

Ini semua nak 'popular' dan sekaligus persediaan kalau2 lepas PRU13 BN akan jadi pembangkang.

Jadi lain kali kalau kata Najib nak buat perubahan atau pengumuman besar, anggaplah itu mimpi siang hari, itu propa Rais dan Maslan.

Mana Muhyiddin, tak ada? tak nampak kelibat? RTM tak fokus? atau petanda tak setuju?

Anonymous said...

1. Ada juga baik ISA dimansuh supaya ia tidak lagi boleh menjadi modal Pakatan untuk hentam Kerajaan M'sia, skrg dengan kejutan PM, memang memberikan satu tamparan kepada pakatan sekaligus mematikan impian Pakatan untuk memerintah m'sia, ada baik mesti ada buruknya kan ?, namun lebih afdhal kita berlapang dada dalam perkara ini, DS najib pun mesti sudah fikir semasaknya untuk mengumumkan perkara ini, untuk lebih baik dan lebih fikir bagaimana nak pastikan UMNO dan BN menang dalam PRU ke-13 nanti.

2. Walaupun pengumuman nie ibarat menyerah tengkuk BN untuk PR sembelih hakikatnya ia adalah manifestasi keazaman DS najib untuk menggunakan kuasa yg ada pada beliau dengan bijaksana, ibarat menarik sehelai rambut dari tepung...fahamilah keadaan DS najib, jika kita ditempatnya, apakah kita akan berfikir jugak seperti beliau ?..

3. Nak salahkan PM 100% pun x boleh jugak, sebab pertimbangan pemansuhan ISA nie mesti melibatkan byk prosedur dan sangat kompleks untuk diterangkan, by the way, mungkin kata2 Blogger Kickdefelia nie dapat memberikan jawapan : http://kickdefella.wordpress.com/2011/09/16/terima-kasih-najib-razak/ (baca dan fahami maksud tersirat). ----> Tidakkan berani DS Najib patut dipuji, ibarat menarik sehelai rambut dari tepung.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI