Kecoh bila Zulkifli Nordin mempertikaikan hudud PAS yang menurutnya membenarkan suami meliwat isteri. Orang PAS meroyan tak tentu hala nak jawab si Zul ni. Kalau zaman Hang Tuah, mahu mereka ni dah bertikam keris dari bertikam lidah.
Kalau bukan Zul Nordin yang bercakap. mungkin akupun malas mahu mengulas. Aku ulas ni bukan kerana Zul Nordin adalah seorang pengamal undang-undang. Aku ulas ni adalah kerana Zul Nordin ni dulu pernah sama-sama satu kem dengan PAS.
Puak PAS menuduh Zul jahil, jahil mukarrab. Kalau betul le si Zul ni jahil dan mukarrab lagi, aku tak salahkan Zul, tetapi itu menunjukkan dakwah PAS tak berkesan.
Kalau dengan Zul Nordin yang pernah satu kem dengan PASpun masih tak faham dan tak nampak dengan hala tuju hudud yang dirangka oleh PAS, maka ia adalah bukti nyata bahawa selama ini PAS hanya bercakap syok sendiri dan tidak pernah ada ikhtiar untuk menerangkan kepada awam. Kalau Zul Nordin masih tak faham dan mereka kata jahil, bagaimanakah rakyat biasa boleh faham? Patutle di Kelantan mengambil masa lebih 20 tahun masih tak terlaksana.
Sepatutnya PAS bukan menyalahkan orang lain, tetapi muhasabah diri tentang apa yang dah dilakukan selama ini sehingga masih ada lagi orang yang tak faham tentang hudud PAS. Apakah cukup sekadar merangka undang-undang dan melalak di ceramah orang akan faham? Apakah semua ahli PAS telah faham atau sekadar angguk sahaja?
No comments:
Post a Comment