TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, October 28, 2011

ANTARA TS AMBRIN, BN DAN KHALID

Satu artikel yang bagus untuk dibaca. Saya perturunkan sebahagiannya dan sekiranya pembaca ingin membaca dengan lebih lanjut lagi, sila layari link yang disertakan selepas artikel ini.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang adalah seorang tenang, bersikap sederhana dan yang paling penting, bebas dari sebarang pengaruh politik. 

Laporan tahunan beliau adalah “senjata” yang kerap digunakan oleh pembangkang untuk menyerang BN di atas isu-isu ketirisan dan pembaziran di peringkat Persekutuan mahupun negeri. 
Namun tidak ada pihak di dalam BN yang mempertikaikan kewibawaan beliau, mahupun kecenderungan politiknya. 

Walau pedas mana pun teguran dan pendedahan dibuat, laporan Ketua Audit Negara saban tahun diterima dengan baik dan tanpa masalah oleh Putrajaya. 

Justeru, amat mengejut dan mendukacitakan apabila Ambrin menjadi sasaran Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Selasa lalu, semata-mata kerana laporan terbaru Jabatan Audit Negara mendedahkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) menanggung kerugian RM122 juta ringgit tahun 2009. 

Rumusan Ambrin bahawa kerugian antara lain disebabkan KDEB terpaksa menanggung kos program air percuma 20 meter padu untuk rakyat Selangor mengundang kritikan terbuka Khalid terhadap Ketua Audit Negara itu.

Sambung baca di SINI


2 comments:

Otak Geliga said...

sekarang SERANGAN ditumpukan pd Jabatan Audit Negara la ye?????...........BERSIHnya Pakatan Hantu Haram Malaysia ni.....hehehehe

Anonymous said...

laporan Audit Negara tunjukkan yg dua2 pihak ada kelemahan..tp PR nmpaknye bnyk gembar-gembur yg diorg lebih hebat mentadbir.seolah2 xde cacat cela lgsg..

ARTIKEL HANGAT BULAN INI