Aku heran betul dengan perangai bebudak U ni. Nak kata bodoh dan bingai, tak kan dapat masuk U. Sesetengahnya itu mungkin baru setakat 2 atau 3 semester aje kat U, dah ada hati nak ugut kerajaan. Siapa yang ajar ni?
Bagaimana nak bebaskan U dari cengkaman politik? Apakah para pensyarah tu bercakap macam robot yang diprogramkan dan hanya cakap subjek yang diajar sahaja. Kalau betul begitu, macam mana bebudak yang masa sekolah menengah dulu, nama menteripun tak tahu tiba-tiba nak jadi juara politik. Kemudian bila bercakap semuanya iras-iras pembangkang. Tak kan pandai sendiri kut.
Kalau betul bijak, tak perlu ugut kerajaan, ugut pensyarah dulu. Masa kuliah jangan menyelewang bab lain. Baru le nanti ramai student cemerlang dan tak le cukup makan aje. Bebaskan dulu diri dari pensyarah yang berpolitik, tunjuk perasaan kat pensyarah.....baru betul.
Apa lagi yang nak dituntut dari kerajaan? Nak peluang belajar dah dapat. Belajar dulu bersungguh dan keluar sebagai mahasiswa/siswi yang cemerlang. Nak bantuan dah dapat, nak PTPTN dah dapat. Masa nak masuk U dulu janji dengan mak bapak nak belajar. Bukan nak tunjuk perasaan.
Kepada mak bapak, tengok-tengoklah sikit anak-anak kat U ni. Begitu juga dengan pemberi dana. Mahasiswa ni pandai cakap, kononnya merekalah generasi pewaris bangsa. Tapi kalau masuk U dan kemudian keluar dengan keputusan tertonggeng sampai nak cari kerjapun susah, siapa nak mewariskan negara ni kepada kamu?
Jangan terperangkap dengan hasutan-hasutan mereka yang dahpun bergaji belasan ribu kat U tu sedangkan kamu masih lagi mengharapkan biasiswa dan bantuan kewangan dari pihak lain.
3 comments:
budak-budak tiga suku dan bahlul
Ego mengatasi pemikiran. Asal dapat masuk U kira dah besar panjang dan bijak. Kalau dulu2 masyarakat memang respek mahasiswa tapi tak lagi sebab bila graduate hutang pinjaman tak reti nak bayar balik. Itu semua jenis kelepet. Tidak bermaruah.
tu budak-budak yang tak pandai mengenang budi..masuk U kerajaan bg pinjaman untuk dia belajar..tak sedar diri..suruh jd pandai biar ceredik..rupanya makin masuk u makin bodoh.. agak2nya kat mak bapak dia yg bg makn minum selama ni pon dia orang tak kenang budi macam tu juga kot.
Post a Comment