TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, October 19, 2011

BILA BULAN BERWARNA HIJAU

Kenyataan PAS berkaitan Perhimpunan Sejuta Umat : PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program.
Bila NGO Islam buat perhimpunan, ajak bersatu, mencari jalan untuk memelihara dan memantapkan lagi akidah umat Islam, mencegah murtad, PAS tak nak campur kerana kononnya menghormati dasar NGO tersebut yang tak mahu melibatkan parti politik.

Peliknya semasa NGO buat BERSIH dulu, merekapun dakwa mereka tak libatkan parti politik, tapi PAS sanggup sewa bas hantar seramai-ramainya penyokong PAS. Akhirnya Ambiga juga yang dapat pengiktirafan dan pingat dari dunia luar. PAS tetap terperok kat pelusuk kampung. 

NGO yang buat HIMPUN ni berjuang untuk memantapkan lagi Islam, manakala BERSIH pula berjuang dengan menggunakan dana-dana musuh Islam. Persoalannya ialah APAKAH SEBENARNYA PERJUANGAN PAS? Demi Islam, tak bolehkah ketepikan sentimen politik sementara?

Agaknya nak kena tunggu bulan PAS berwarna hijau, barulah jelas dan terang perjuangan Islam yang dilaungkan PAS pada hari ini. Jika tidak, lambang Islam PAS itu serupalah logo halal yang digunakan secara haram tanpa pengesahan JAKIM.


3 comments:

HHalem said...

Pingat Luar Perancis ambiga Kuning tu..x da sapa pun review.

akmy said...

Sangat tepat pertanyaan saudara "apakah sebenarnya dasar perjuangan PAS". Nampak sangat kini PAS tidak lagi mempunyai dasar perjuangan. PAS hanya menjadi pengikut/pak turut kepada DAP. Sudahlah wahai ahli-ahli PAS sekelian, nak dengar kelentong macam mana lagi dari mulut pemimpin kamu! Demi Islam, banyak sangat alasan untuk tak sokong. Tapi bila kafir ajak memekik terlolong atas jalanraya, bersungguh-sungguh para ulama, ustaz dan ustazah PAS mengadakan ceramah seluruh negara untuk menyokong perbuatan yang langsung tak ada unsur Islam. Sampai masanya ahli dan penyokong PAS menggunakan akal sendiri, tinggalkanlah sekejap parti PAS yang tak ada matalamat Islam tu dan tinggalkan terus DAP yang anti Islam. Pergi perhimpunan yang selesa dibuat dalam stadium, sebagai seorang Islam bukan ahli PAS.

TENGGARA is SOUTHEAST said...

Tuan HH,
Nampak sangat pingat tu tak da harga. Blogger tak minat. Mungkin lebih kurang cincin yang dapat kerana beli gula-gula.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI