TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, October 16, 2011

BN MULA RUNDING KERUSI UNTUK PRU 13

Kehangatan PRU 13 makin dirasai. Puak pembangkang dah lama runding pasal pembahagian kerusi. Menurut DS Najib, BN akan buat pelarasan baru mengenai pembahagian kerusi ini bersesuaian dengan keadaan politik.
Menurut DS Najib lagi, semua pemimpin parti-parti komponen BN pada asas dan semangatnya bersetuju untuk bertolak ansur dan beliau akan berunding dengan pemimpin-pemimpin parti komponen itu bagi mencari formula baru terbaik itu.

Diharapkan agar bukan UMNO sahaja yang terpaksa bertolak ansur dalam soal pembahagian kerusi ini sehinggakan untuk memenangkan MCA, MIC dan Gerakan akhirnya suara Melayu semakin kecil kerana banyak kerusi majoriti pengundi Melayu dan dikategorikan menang mudah untuk BN disedekahkan.

Sebenarnya persetujuan para pemimpin sahaja tak mencukupi untuk menentukan menang atau kalah calon atau menang dengan majoriti besar. Kehendak para pengundi juga perlulah diambil kira terutamanya kawasan pengundi majoriti Melayu.

Pengundi-pengundi Melayu di kawasan majoriti Melayu sebenarnya dah muak dan bosan apabila kawasan mereka disedekahkah kepada wakil bukan Melayu. Hal ini kalau tidak diambil berat, nescaya pada PRU 13 ini, kalaupun BN tak kalah tetapi kekurangan majoriti undi sangatlah jelas.

DS Najib perlu nasihatkan pemimpin komponen BN yang lain dari UMNO agar tunjukkan kekuatan mereka di kawasan bukan majoriti Melayu. Rasanya Melayu dan UMNO telah terlalu lebih memberi dari menerima dalam menjayakan BN. Pengundi Melayu merasakan sudah sampai masanya mereka diwakili dari kalangan mereka sendiri.

2 comments:

HHalem said...

Harap2 apa Tuan, Najib dah buat taik di Penang.

TENGGARA is SOUTHEAST said...

Tuan HH,
Oghang Kedah tak mau ke tuntut Pulau Pinang semula? Pajakan dah lama habis. Jadi Penang tak yah le ada CM.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI