TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, October 2, 2011

BUANG LE GELARAN TUAN GURU TU!!!


Ini entry terbaru kat FB Hadi Awang. Sepatutnya Hadi Awang buang gelaran Tuan Guru tu, memalukan. Janganlah setiap tindakan yang gagal, segalanya disalahkan UMNO.

Suka diingatkan di sini, bahawa yang beria mahu melaksanakan hudud ialah PAS. UMNO sendiri tidak pernah menolak akan kebenarannya hukum hudud. Apa yang UMNO tolak ialah hudud ala PAS. Ini kerana hudud ala PAS akan menjadikan negara mempunyai 2 set hukuman jenayah terhadap rakyatnya. Dalam hal ini sebenarnya PAS yang mengelirukan orang ramai.

Bukan UMNO yang menakutkan orang bukan Islam, tetapi kegagalan PAS untuk menerangkan dengan lebih jelas hudud yang ingin dilaksanakan menyebabkan hudud tertolak. Jangankan dilihat kepada UMNO, MCA, MIC dan Gerakan kerana mereka tak sebantal dengan PAS, dengan DAP yang menjadi rakan mereka bertepuk tamparpun gagal untuk diyakinkan, bagaimana PAS boleh menyalahkan orang lain? Apakah DAP lebih percaya UMNO dari PAS sendiri?

Apakah PAS telah menggiatkan usaha dengan lebih lagi agar DAP dapat memahami hudud yang ingin dilaksanakan, atau PAS cuma menunggu masa sahaja untuk melangkah mayat Karpal? Apakah PAS merasakan telah cukup usaha dakwah mereka untuk menyedarkan bukan Islam untuk menerima hudud?

Memberi kebebasan kepada rakyat bukan Islam untuk tidak memilih hudud adalah sama dengan memberi kebebasan kepada mereka untuk tidak menghormati hukum Allah. Mereka bebas untuk mengamalkan anutan mereka, tetapi dengan memberikan kebebasan untuk mereka menidakkan hukum Allah bermakna kita menerima mereka memperkecil-kecilkan hukum Allah tersebut. Kebebasan untuk beragama tidak sama dengan kebebasan untuk memilih undang-undang.

Kalaupun kita tak mahu berbicara tentang hukum Allah, tetapi apabila hukum tersebut telah diterima pakai oleh pemerintah, maka dengan memberi kebebasan kepada mereka untuk tidak menggunakan hukum tersebut, bermakna mereka tidak taat kepada pemerintah.

PAS sebenarnya gagal dalam hal ini kerana bertindak mengikut nafsu dan terburu-buru. Selaku parti yang kononnya memperjuangkan Islam, sepatutnya PAS terlebih dahulu menanamkan rasa hormat dan percaya agama lain terhadap Islam, barulah perjuangan untuk mengIslamkan negara dibuat dan pada ketika itu mereka menerima Islam dan hukumnya kerana telah ada rasa hormat dan percaya terhadap Islam.

PAS gagal sekarang ini kerana nafsu PAS lebih kepada perjuangan untuk ke Putrajaya dari memberikan kefahaman terhadap Islam itu sendiri. Fikir-fikirkanlah.


4 comments:

HHalem said...

Tuan TIS:-)

silap-silap dia gi masuk dlm Kad pengenalan baru tambah "Tuan Guru Haji"

Kalau ada dlm KP, jangan main2 Tuan. Kena hormat.

Masa lahir hanya "Abdul Hadi bin Awang".

Lain2 tu gi tambah kemudian.

Nak pasti, ambik IC masuk kat SPR. check tengok.

IC dia cuba tanya Pakcik Google.

Anonymous said...

Apa lah ada pad agelaran Tuan Guru kalau setakat empat huruf UMNO pun dia tak boleh satu padukan untuk laksanakan hudud. Rakyat semangkin pandang jijik pada orang tua Hadi dan Nik Aziz sebab memalukan gelaran agama di Malaysia ini... Disarankan mereka semua ni tinggalkan politik dan tumpukan pada ibadahuntuk akhirat nanti bila dah mati daripada menambah dosa fitnah terhadap saudara seagama Islam dalam UMNO...

TENGGARA is SOUTHEAST said...

Anon 11:57
Setuju sangat dengan saranan tuan. Tapi masalahnya mereka bangga dengan gelaran tu.

Anonymous said...

salam..pada pandangan saya,yang mengelirukan rakyat tentang isu hudud ni ialah Pas.Kerajaan tak warwar pun tentang hudud ni kerana fikirkan susah untuk dilaksanakan.Pas lah yg dok canang lebih-lebih dalam keadaan Pas pun tak mampu laksanakan kerana tiada yg benar-benar pakar atau ada agenda lain?..hanya Pas yg tahu.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI