TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, October 2, 2011

INI SALAH SIAPA

Sedih aku dengar berita ni. Kat tempat aku kalau putuspun bekalan air, sekejap aje lori air dah sampai. Ni nak salahkan siapa ni? Takkan nak salahkan UMNO dan BN juga! Inilah akibatnya kalau pemimpin dan kerajaan asyik menjual air liur sahaja.
30,000 pelajar Kelantan terjejas putus bekalan air

TUMPAT 2 Okt. - Kira–kira 30,000 pelajar di Kelantan dilaporkan terjejas teruk akibat beberapa buah sekolah di negeri ini terputus bekalan air bersih yang disalurkan oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sejak beberapa bulan lalu.

Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang berkata, berikutan itu ada di antara sekolah berkenaan terpaksa menggunakan pam air sebagai alternatif bagi mengelakkan sesi persekolahan terganggu.

Katanya, antara kawasan terjejas teruk ialah sekolah-sekolah di daerah Kota Baharu, Pasir Mas, Kuala Krai, Bachok melibatkan lebih 30 buah sekolah.

"Kita percaya banyak lagi sekolah terlibat dengan masalah terputus bekalan air bersih tetapi tidak dilaporkan kepada pihak kami,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Warga Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tumpat di sini, hari ini.

Hussain berkata, keadaan kritikal masalah ketiadaan air ini juga memaksa Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mengkebang di Kuala Krai menyediakan 18 pam air bagi memastikan bekalan air di sekolah mencukupi untuk keperluan pelajar.

Ekoran masalah itu, ada pelajar yang tinggal di asrama sekolah dilaporkan tidak dapat mandi, sementara proses penyediaan makanan turut terjejas menyebabkan mereka tidak boleh tinggal di asrama.

"Berikutan masalah ini juga pihak sekolah terpaksa menanggung kos bil elektrik yang yang tinggi, jika masalah ini tidak berlaku pihak berkenaan boleh menggunakan sumber kewangan itu untuk tujuan lain,” katanya.

Beliau juga kecewa kerana masalah itu turut melibatkan murid yang menghadapi Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru–baru ini. - Bernama

5 comments:

Pakcu Rantau Panjang said...

Salam buat tuan.
Petikan artikel tuan berkenaan permasalahan air di Kelantan bukanlah perkara baru malah ianya sudah menjadi kebiasan bagi penduduk Kelantan maupun di sekolah atau yang tinggal di asrama.

Seharusnya pihak Air Kelantan tidak lagi memejam mata atau memberi seribu dalih dengan apa yang berlaku, tapi nampaknya tahun demi tahun masalah yang sama tetap berlarutan.Lebih-lebih lagi musim perayaan yang mengamit pulang perantau dari luar Kelantan untuk pulang ke kampung. Apa yang berlaku mereka terpaksa menakung air dengan berbagai cara bagi kegunaan harian.

Yang peliknya bila isu ini diketengahkan kepada Kerajaan Kelantan maka ianya tetap sama saja setiap tahun....nampaknya rakyat Kelantan sudah redha dengan apa yang ada....mungkin zuhud kok....Walahualam.

Anonymous said...

Dah ketentuan Tuhan, pastilah kena redha, sebab tu Tuhan menjanjikan syurga yg dibawahnya mengalir sungai2 ... Tapi tak tahulah tentang 'syurga' ciptaan PAS utk penyokong2nya bagaimana pula ...

HHalem said...

Kolej Polytech MARA di Teras Jernang Nilai pun x ada air.

Kolej Mara Banting pun x der air.

Pengundi Baharu said...

Negara Kebajikan ke macam ni?

TENGGARA is SOUTHEAST said...

Tuan HH,
Kat Selangorpun depa tak tau nak cari air?
Tu le, depa dok sibuk dengan jual air kat rumah urut aje.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI