TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, October 5, 2011

PERLUKAH DILAYAN?

Suruhanjaya Tinggi India semak semula gaji minimum

KUALA LUMPUR 4 Okt. — Suruhanjaya Tinggi India di sini mengumumkan semakan semula garis panduan dan dokumen bagi majikan pekerja mahir dan tidak mahir dari India berkuat kuasa 1 Nov, yang turut merangkumi struktur gaji minimum bermula daripada RM800 sebulan.
Pekerja restoran, pembinaan dan pekerja am yang dikategorikan sebagai pekerja tidak mahir, mesti dibayar gaji minimum RM800 sebulan manakala pekerja di sektor perladangan, termasuk kebun, mesti dibayar RM850 sebulan.
Suruhanjaya tinggi itu berkata pekerja mahir bagi semua jenis pekerjaan mesti dibayar gaji minimum RM1,200 sebulan manakala gaji minimum pembantu rumah pula RM1,400 sebulan.
Ia menegaskan bahawa kontrak yang membabitkan upah di bawah gaji minimum tidak akan diperakukan oleh suruhanjaya tinggi.
"Majikan Malaysia juga perlu ingat bahawa tiada perubahan atau pindaan dibenarkan atau akan diterima dalam semakan kontrak pekerjaan, dan Kontrak Pekerjaan beserta borang EMI, Surat Akujanji dan semua dokumen lain mesti diserahkan sebelum perakuan dilakukan oleh Suruhanjaya Tinggi India,” katanya. — Bernama

Perlukah kerajaan Malaysia melayan permintaan-permintaan yang sebegini? Mengambil tenaga kerja mereka merupakan satu pertolongan dari kita untuk mengurangkan beban pengangguran dikalangan rakyat mereka, tetapi permintaan yang mereka buat adalah sesuatu yang tak tertunaikan oleh mereka  di negara mereka sendiri.

Bayangkan gaji pembantu rumah yang mereka pinta ialah minima RM1,400-00 sebulan atau bersamaan dengan RM16,800-00 setahun. Bandingkan dengan gaji minima guru yang mereka bayar di negara mereka iaitu Rs85,000 atau bersamaan dengan RM5,500.00 setahun atau lebih kurang RM460.00 sebulan.

Itu perbandingan dengan gaji guru. Kalau pembantu rumah dan pembantu kedai makan di sana, mungkin hanya dapat makan free sahaja!
Klik gambar untuk lebih jelas

Nota: RM1.00 = Rs15.3 -Pakcik Google

3 comments:

Anonymous said...

toksah layan..

Anonymous said...

tak perlu dilayan , siapa pekerja india untuk menagih layanan gaji first class daripada kerajaan ?

datang tak dijemput , pergi tak ditangisi , kita tengok samada pendatang dari India akan lari keluar dari malaysia ke tak kalau gaji mereka tak dinaikkan ?

dekat india sana , entah berapa sen je gaji dorang !!

Anonymous said...

Boleh - tapi kita caj makan dan penginapan.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI