TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, October 4, 2011

SI JAHIL MENGATA JAHIL

Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat medakwa MCA jahil bab hukum hudud. Memang la mereka jahil. Mereka bukan Islam.

Yang jahil dan total gagal kat sini ialah Tuan Ibrahim dan suku sakatnya. Selepas 18 tahun hudud diluluskan oleh DUN Negeri Kelantan, orang bukan Islam masih lagi tak faham hudud yang hendak dibawa oleh PAS. Kalau Tuan Ibrahim dan suku sakatnya jadi cikgu, habis lingkup anak murid, begitu lama tak ada yang paham.

Kalau sendiri dah gagal, jangan sebut nama UMNO. Yang memperkenalkan hudud dan ingin melaksanakannya di Malaysia ialah PAS. Beban menerangkannya kepada orang awam ialah PAS. Mengapa bila gagal nak salahkan orang lain? Mengapa mesti beban PAS disuruh orang lain menggalasnya. Itu sikap orang bodoh dan kecewa.
Orang bukan Islam gagal memahami hudud kerana PAS malas nak menerangkannya atau PAS sendiri tak faham. Kalau setiap ceramah dipenuhi dengan penerangan hudud semenjak 1993, tentu majoriti dah faham apa yang diperjuangkan PAS. Ini tidak.....setiap peluang yang ada untuk berceramah digunakan untuk caci maki pemimpin. Ceramah dijadikan medan untuk mencetuskan konfrontasi dengan pemimpin Islam dan Melayu dari UMNO, bagaimana orang kafir nak hormat kalau yang mengaku bijak agamapun sentiasa caci mencaci sesama bangsa dan agama. Berubahlah.....

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI