TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Wednesday, November 2, 2011

60/2000 - AZIZ BARI TOTAL GAGAL

Isham Pawan Ahmad dari Universiti Islam Antarabangsa berkata hanya 60 daripada 2,000 kakitangan akademik universiti, itu telah menandatangani kenyataan akhbar sebagai sokongan kepada Abdul Aziz. Itu yang diberitahu dalam satu forum yang membincangkan kebebasan akademik di Universiti Malaya semalam. (sini)

Itulah sahaja sokongan yang mampu diraih oleh Aziz Bari dari kalangan rakan-rakannya di UIA. Sekiranya orang UIA sendiri tak mampu nak beri sokongan kepada Aziz Bari, mengapa yang tak kenal Aziz Bari sibuk-sibuk nak membelanya. Sekiranya Aziz Bari ni benar dan bagus dalam semua segi, tentunya sokongan terbesar akan diperolehinya dari kakitangan UIA, bukannya 60.

Bila dah gagal, ada pulak yang mengajak ahli akademik jadi budak-budak tak cukup akal dengan berarak ke Putrajaya. Apa ahli akademik Malaysia sekarang dah bingai sangat ke, dah tau nak jaga reputasi? Yang mencadangkan ialah felo penyelidik kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Denison Jayasooria,  yang cuba untuk mendapatkan 1000 ahli akademik berarak.

Bakal jahanamlah kredibiliti IPT di Malaysia sekiranya ahli akademiknya berjaya digula-gulakan oleh sesetengah pihak yang berkepentingan. Bila cikgu dah kencing berdiri, apa yang nak diharapkan kepada anak murid?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI