TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, November 18, 2011

CEPAT AMBIL...RM500

Ha..ha..ha...dah ada orang tak sabo nak ambik bantuan khas RM500 yang diumumkan kerajaan melalui bajet 2012 lalu. Menurut Awang Adek, dah ada laporan bahawa ada pihak yang telah mengedarkan borang LHDN walhal borang tersebut belum siap lagi dan dijangkakan akan hanya mula diedar mulai 1 Disember ni.

Agak-agaknya ni kerja sapa le. Awang Adek tak bagi tau pulak kat mana orang edar borang tu....kat Kelantan ke? Ada tak sambil edar borang sambil mereka minta derma? ....dan siapa pulak le yang percaya dengan borang palsu ni.

Biasanya yang mudah kena tipu dengan benda-benda palsu ni ialah orang-orang yang dah disemaikan dalam kepala otak mereka agar jangan tengok TV3, jangan baca Utusan dan jangan baca Berita Harian. Baca Harakah aje, sambil baca tu boleh tengok-tengok mana ubat kuat yang boleh dibeli!!!

Sapa tak pernah tengok dan pegang duit ni, kira kecik lagi laa.


Bantuan khas RM500: Hati-hati borang palsu - Awang Adek

BACHOK 18 Nov. - Rakyat diingatkan bahawa hanya borang yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) diperakui bagi tujuan mendapatkan bantuan khas sebanyak RM500 yang diumumkan kerajaan dalam Bajet 2012.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, borang permohonan itu bagaimanapun masih dalam proses untuk diedarkan oleh LHDN dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam waktu terdekat.

Beliau sehubungan itu menasihatkan rakyat supaya berhati-hati dengan tindakan pihak tertentu mengedarkan borang permohonan didakwa bagi mendapatkan bantuan tersebut.

"Saya difahamkan sudah ada borang-borang yang berkaitan permohonan itu diedarkan oleh pihak tertentu dan setahu saya borang rasmi akan diedarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHND) paling awal pada 1 Disember ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan kakitangan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bachok dalam taklimat pembangunan pendidikan dan prestasi pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Pejabat UMNO Bahagian Bachok di sini, hari ini. - Utusan


1 comment:

HHalem said...

Mesti laa Kelantan..

Bagi duit sapuuuu..undi Pas.
Paktua Pok Nick

ARTIKEL HANGAT BULAN INI