Perhimpunan "Kuda Kepang" Keadilan di resort mewah, Pulai Spring di Johor telah mengundang rasa tidak senang hati di kalangan rakan kongsinya DAP dan PAS.
PKR tanpa segan silu menggunakan bendera Johor walaupun sekor haram pun tiada perwakilannya menang kerusi di Johor. |
Walaupun PKR cuba untuk menonjolkan bahawa langkah tersebut sebagai satu cara untuk menembusi kubu kuat UMNO dan BN, tetapi bagi DAP dan PAS ia membawa maksud yang berlainan. Lebih-lebih lagi DAP yang mempunyai kerusi terbanyak yang dimenanginya di Johor, kehadiran PKR hanya akan memecahkan lagi kekuatan DAP.
Apapun rasional yang cuba diterangkan oleh Nuar Berahim tentang pemilihannya mengadakan kongres PKR di Johor, tetap mengundang rasa tidak senang hati DAP dan PAS. Kalau rakan kongsi sendiri memandang serong, apatah lagi rakyat Johor?
Belumpun berbunyi mana-mana pihak dari UMNO atau BN tentang Pakatan di Johor, ADUN DAP, Boo Cheng Hau dan ADUN PAS, Dr Syeikh Ibrahim awal-awal lagi telah menunjukkan rasa kurang senangnya dengan menjangkakan isu MB Cina mungkin akan dimainkan dengan Chua Jui Meng mungkin antara calunnya.
Mungkinkah ini cita-cita Nuar untuk masuk ke Johor atau hanya untuk memenuhi nafsu Chua Jui Meng? Kalau diteliti secara halus, jelas sekali ianya cita-cita Jui Meng untuk menunjukkan kekuatannya kepada DAP.
1 comment:
Isu Jua Meng nak jadi MB pun sudah cukup.
gerenti kalah.
Post a Comment