TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, November 22, 2011

GESAAN TERBODOH PAS

Lihat artikel di bawah. Ini adalah permintaan terBODOH PAS terhadap kerajaan Malaysia. Sepatutnya PAS mengambil iktibar dari apa yang berlaku di Mesir. Ini kerana puak-puak PAS sangat-sangat tertarik dan kagum dengan penunjuk perasan Mesir yang berjaya menjatuhkan Hosni Mubarak dulu.

Apa yang kita nak sibukkan dengan mereka. Pemerintah yang ada di Mesir sekarang ini adalah hasil tunjuk perasaan rakyat Mesir yang merasakan mereka akan mendapat sesuatu yang lebih baik lagi dari apa yang mereka perolehi dari Hosni Mubarak. Maka biarlah mereka menikmati hasil usaha mereka. Akan datang kita dapat lihat pula rakyat Libya menikmati hasil usaha mereka menjatuhkan Muammar Gaddafi.

Kepada suku-sakat PAS yang suka berguling macam orang hilang akal dan cuba mendapatkan kuasa melalui tunjuk perasaan, maka berfikirlah seribu kali!

Mesir: PAS gesa PM tuntut sidang tergempar OIC

Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 21 Nov: PAS mendesak kerajaan Malaysia segera membuat tuntutan supaya Pertubuhan Negara-negara Persidangan Islam (OIC) memanggil sidang tergempar ekoran angka kematian terus meningkat ketika pihak berkuasa Mesir menggempur penunjuk perasaan di Dataran Tahrir. 

Sehingga kini dilaporkan sudah 33 orang penunjuk perasaan maut dan lebih 2000 cedera setelah polis cuba menyuraikan kumpulan penunjuk di Dataran Tahrir perasaan dengan membedil gas pemedih mata. 

"Kita mendesak kerajaan Malaysia khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, segera membuat tuntutan agar diadakan mesyuarat khas OIC," kata Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat Datuk Kamaruddin Jaffar kepada Harakahdaily. 

"OIC perlu mengambil keputusan mendesak pihak berkuasa Mesir menghentikan keganasan kepada rakyat mereka," tambah Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Tumpat. 

Selain angka kematian yang terus meningkat, media juga melaporkan sekurang-kurangnya sebuah pangsapuri juga terbakar akibat kelongsong puluru gas pemedih mata yang ditembak polis tersasar masuk ke rumah berkenaan. 

Malam tadi beribu penunjuk perasaan berkumpul di Dataran Tahrir menangis sambil memegang sepanduk "Jatuh bersama Tantawi" di Dataran Tahrir, Kaherah, merujuk kepada pemerintah tentera, Hussein Tantawi. 

Tunjuk perasaan bermula kelmarin di Medan Tahrir apabila anggota polis melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah untuk meleraikan kekecohan yang dirancang oleh kumpulan yang menggulingkan Mubarak pada Februari lalu.


4 comments:

Anonymous said...

Saya fikir apa yang telah berlaku di Mesir dan Libya samasekali tidak akan terjadi di Malaysia. Kepada PAS, PKR dan DAP....jangan haraplah...

AJAI62 said...

Assalam Bro

Apa sibuk pasal Negara luar.. mereka nak sangat demokrasi ala Barat... ambil kau dengan kekacauan dan kecelaruan Hak Asasi Manusia... Orang PAS patut suruh ni Aziz letak jawatan pasal Air Bersih pun dia gagal nak sediakan untuk Rakyat Kelantan. Ke dia takut pelajar tajaan mereka kat Mesir ada yang jadi mangsa keganasan nanti... Bukankah itu yang PAS nak untuk hancurkan Malaysia dengan merusuh dan baring tengah jalan... Jangan haraplah...

Anonymous said...

kalau tujuan menunjuk perasaan adalah untuk menyatakan bantahan maka ia tidak sepatutnya berakhir dengan penunjuk perasaan mendapat kuasa. kalau tidak, ini bukanlah tunjuk perasaan tetapi rampasan kuasa.

faktanya ialah mana ada peruntukan dalam mana-mana negara sesuatu pihak itu boleh ambil alih kuasa daripada pemerintah sedia ada menerusi tunjuk perasaan? apa gunanya peti undi kalau tunjuk perasaan boleh tuntut kerusi kuasa?

PEMERHATI

Anonymous said...

Tangan yang mencincang, bahu yang memikul. Mereka jua yg memulakan, merekalah jua yg menerima akibatnya. Kita manusia dikurniakan akal, berfikir sebelum memulakan sesuatu. Kini mereka hilang nikmat keamanan, menggantikan yg dikatakan buruk ............. dgn yg lebih buruk.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI