TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Tuesday, November 15, 2011

HARAKAHDAILY DEDAHKAN SALAHUDIN GAGAL GEOGRAFI

Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub,  ketika berucap membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 Peringkat Jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat dilaporkan oleh Harakahdaily menggesa agar Kerajaan BN melalui Kementerian Pelancongan menggalakkan lebih ramai lagi rakyat Kelantan terlibat dalam industri pelancongan.

Nampaknya Naib Presiden PAS ni dah nampak potensi yang ada pada industri pelancongan. Itu yang beria benar dia mintak kat kerajaan BN. Kalau setakat industri pelancongan yang ingin dimajukan, rasanya tiada masalah buat kerajaan BN membantu rakyat Kelantan, tetapi kalau industri pelacuran, itu kena le mintak tolong dengan DAP.

Masalahnya cukupkah tenaga yang ada untuk menggerakkan industri pelancungan tersebut? Jangan cakap aje. Antara yang paling penting sekali dalam industri pelancongan ni ialah Pemandu Pelancong. Kalau Ahli Parlimen Kubang Kerian sendiri boleh sesat, macam mana anak buah yang nak jadi Pemandu Pelancong nanti.

MP Kubang Kerian ni mungkin baru keluar dari kubang agaknya, itu yang sampai geografi Malaysia pun tak lulus. Lihat sahaja petikan Harakahdaily di bawah ini;
Klik gambar untuk membaca
Beliau turut kesal kerana pihak Kementerian Pelancongan sehingga kini masih gagal memanfaatkan kewujudan dua tempat yang menarik di Kubang Kerian iaitu Pulau Kot dan Tanjung Piai bagi mengembangkan industri pelancongan negara. "Pada hal kedua-dua tempat itu telah dimasukkan dalam destinasi pelancongan oleh pihak kementerian, sejajar dengan kedudukannya yang menarik sebagai tanah paling hujung di benua Asia,"

Bila ketika pulak, Tanah Paling Hujung di benua Asia, Tanjung Piai, berada di Kubang Kerian? Kesian PAS, semua pemimpin mereka bongok-bongok belaka!!!
Untuk Salahuddin Ayub;
Tanjung Piai merupakan kawangan tarikan pelancongan terkenal di Malaysia. Ini kerana ia merupakan tanah paling selatan di benua Asia. Ia terletak dalam mukim Kukup, daerah Pontian, Johor , Malaysia. Kini Tanjung Piai menjadi nama kawasan pilihan raya di Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai parlimen Pontian. Bukannya Parlimen Kubang Kerian!

1 comment:

Keris Pusaka said...

Assalamualaikum
Minta dilink blog saya disini
http://kerispusakabangsa.blogspot.com/
Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI