Banyak sangat pihak yang bencikan dengan ISA ni. Bagaimanapun sekiranya ingin berpolitik, janganlah sampai isu keselamatan negara pun ingin dipolitikkan.
Kes penahanan 13 orang yang disyaki militan, dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar yang juga dikenali sebagai kumpulan Kaltim dan berpangkalan di Kalimantan dilakukan oleh pihak polis hanya setelah mendapat maklumat risikan dari dalam dan juga negara luar.
Maklumat risikan mendedahkan bahawa mereka yang ditahan terlibat didapati mendapat latihan ketenteraan serta terbabit dalam penyeludupan senjata dan kegiatan mereka dikategorikan serius bukan saja oleh Malaysia tetapi juga pihak berkuasa Indonesia dan agensi lain di peringkat antarabangsa. Kalau peringkat antarabangsa pun dah menyenaraikan mereka-mereka ini sebagai merbahaya, apakah kita masih mahu berpolitik tentang isu penangkapan sebegini?
Biarkanlah polis menjalankan tugas untuk keamanan dan kesejahteraan kita. Banyak lagi isu yang boleh dipolitikkan. Apakah yang ingin dibuktikan kepada rakyat dengan membela orang-orang yang boleh menggugat keamanan dan kesejahteraan hidup rakyat.
Apakah hanya setelah huru hara berlaku baru kita nak terngadah? Jadilah ahli politik dan NGO yang bertanggungjawab. Berjuanglah untuk kepentingan ramai bukannya mencari publisiti membela dua tiga kerat manusia yang dah malas nak hidup.
Kepada PAS dan SUHAKAM, ada perkara yang kena gunakan akal dan tidak semua perkara sesuai menurut hukum buku sahaja. Bagaimana nak jadi pemimpin kalau kurang akal untuk mengakal?
No comments:
Post a Comment