TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, November 10, 2011

KHALID MEMPERKENALKAN DASAR TEMBERANG

Berlumba-lumba portal pro Pakatan memuji si Gagap dan kerajaan negeri Selangor kononnya mendahului kerajaan persekutuan dalam menetapkan dasar gaji minimum. Kononnya....kononnya kerajaan Selangor menetapkan dasar gaji minimum RM1500 sebulan sebagai gaji permulaan di syarikat-syarikat milik kerajaan negeri yang akan mula dibayar tahun depan.

Kakitangan syarikat kerajaan negeri Selangor jangan terlalu awal tersenyum, rupanya dasar tersebut bukannya dasar. Ia hanya temberang si Gagap aje. Ini kerana menurut berita yang dipetik dari Bernama, gaji minimum tersebut tidak akan dilaksanakan secara automatik. Ia masih lagi ada syarat-syarat tertentu lagi. Kalau masih bersyarat, itu bukannya dasar. Nampaknya Khalid masih tak faham lagi maksud dasar lagi. Kalau begitulah caranya, itu adalah dasar menggula-gulakan pekerja yang boleh juga disebut dasar MB tak guna! Dasar pembohong!

1 comment:

cacamarba said...

mcm mana nk bg gaji minimum tp berdasarkn produktiviti..x paham.ni nk bg gajo minimum ke nk bg bonus?eh..ada bonus ke selangor..

ARTIKEL HANGAT BULAN INI