TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, November 11, 2011

OTAK TUAN BERAHIM DAH KERING KONTANG

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menempelak MCA dan menyifatkan cadangan parti itu untuk tidak membenarkan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara, mengundi dalam pilihan raya umum sebagai dangkal dan cetek pemikiran.

Kalau Tuan Berahim kata MCA dangkal dan cetek pemikiran, bagi aku Tuan Berahim lagi teruk. Pemikiran Tuan Berahim bukan lagi cetek dan dangkal tetapi dah kering dan kontang.

Apakah bodohnya kita yang tinggal di sini, yang nak mengadap siapa YB kita, kita nak suruh orang yang tak bersama dengan kita turut sama-sama memilih siapa yang sepatutnya jadi YB kita? Kalau mereka nak sangat memilih wakil mereka, mereka kena le duduk bersama-sama kita kat sini. Kalau kita benarkan mereka turut memilih untuk kita, kemudian entah bila mereka akan balik ke sini, silap-silap sampai habis tempoh YB tersebut, mereka masih lagi duduk kat luar negara. Ada ke patut? Ada akal ke Tuan Berahim ni?

Kalau YB yang mereka pilih tu benar-benar dapat memuaskan hati kita tak apa juga. Tapi kalau kerana undi mereka yang tak duduk bersama kita di sini menyebabkan kita dapat YB yang langsung tak ada kelas, bukankah kita juga yang akan menyesal sedangkan mereka seronok duduk entah kat negara mana.

Kalau dah lima enam tahun duduk kat luar negara, apa yang mereka tahu masalah negara? ...lebih-lebih lagi kalau dah merasa hidup senang di negara orang. Apa yang dia orang nak sibuk sangat?


2 comments:

Anonymous said...

dari dulu aku perhatikan dia ni.... memang bangang

Anonymous said...

BIARLAH BULAN BERBICARA SENDIRI - kata Kalid Ibraheem berulangkali dengan jelas ....

ARTIKEL HANGAT BULAN INI