"Tetapi apabila orang bertanya pendirian peribadi saya sebagai seorang Muslim, ini adalah satu soalan 'tricky'. Jika anda menjawab 'tidak', maka anda mati. Tetapi jika anda menjawab 'ya', maka tajuk berita New Straits Times esok akan menjadi 'Anwar sokong undang-undang hudud'," itu jawab Nuar Brahim semasa berdialog dengan lebih 200 pemimpin masyarakat daripada kira-kira 65 persatuan dan dewan perniagaan Cina di Subang Jaya malam tadi.

Mengapa takut untuk menyatakan satu sahaja pendirian mengenai hudud? Mengapa mesti ada satu jawapan sebagai seorang Muslim dan satu jawapan sebagai seorang politikus? Inilah kalau jadi manusia yang dah terbiasa bermuka-muka.
Dalam bercerita bab hudud tu, sempat juga Nuar suruh pemimpin DAP buat damage control tentang isu mengurangkan kakitangan awam kerana menurutnya kebimbangan kakitangan awam akan diberhentikan sekiranya Pakatan memerintah akan mengurangkan undi kepada mereka. Natijahnya, Nuar suruh DAP bohong dulu, kalau dah dapat kuasa nanti, baru bukak niat sebenar. Maka, kakitangan awam, ingat-ingatlah!!!
No comments:
Post a Comment