Sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika mendakwa menghasilkan whisky HALAL. Whisky tersebut akan mula dijual di pasaran dunia mulai 1 Disember ini.
Menurut jurucakap syarikat tersebut, whisky yang diberi nama ArKay itu tidak mengandungi sebarang alcohol dan ujian yang dijalankan dimakmal juga menunjukkan tiada langsung kehadiran alcohol dalam whisky tersebut.
ArKay akan dipasarkan dalam bentuk kanister dengan harga £4 dan botol dengan harga £10.
Menurut jurucakap syarikat tersebut lagi, whisky tersebut dihasilkan dengan pengawalan ketat terhadap peraturan-peraturan HALAL serta menepati piawai European Economic Community (EEC) dan juga US Food and Drug Administration (FDA).
Untuk menjadikannya HALAL, ArKay menggunakan perasa dan bahan tiruan. Betul ke ianya HALAL? Wallahua’lam.
2 comments:
mcm aladin la plak
tamin
elok la..mcm2 kafir buat nk bg kita sesat.whisky halal la,beer halal la..x lama lg bt roti perisa babi tp halal sbb x buh babi cume perisa seakan babi..
Post a Comment