TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, December 8, 2011

CUEPACS - MALU LE SIKIT!!!

Aku heran! Apa benda agaknya yang berada dalam kepala Timbalan Presiden Cuepacs ni. Kalau nak ikut logik, tak ada sebab mengapa Cuepacs nak bantah dasar pemisah dalam SBPA. Dalam sibuk-sibuk rakyat mendambakan perkhidmatan awam yang berkualiti, Cuepacs masih lagi nak memperjuangkan segelintir kecil penjawat awam yang bermasalah?

Membandingkan pencapaian prestasi berdasarkan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dengan keputusan peperiksaan SPM menunjukkan ketidakbijaksanaan Timbalan Presiden Cuepacs ni.

Peperiksaan SPM menilai tahap kefahaman pelajar terhadap apa yang dipelajarinya, maka sebab itulah markah unutk gagalnya rendah. Tetapi prestasi SKT penjawat awam ialah berdasarkan pencapaian dan keupayaannya menjalankan tugas. Kalau tugasnya dijalankan dengan penuh amanah dan jujur, markahnya bukan 70%, tetapi seharusnya melebihi 90%. Yang dapat bawah 70% tu biasanya kaki mengular, kaki duduk kantin, kaki berborak, kaki mc, tak kan yang itupun Cuepecs nak bela? 

Jangan pandang yang negatif terhadap apa yang hendak kerajaan buat, pandang yang positif. Kalaupun takut berlaku penganiayaan, seperti yang dijelaskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah, mereka yang berprestasi rendah tersebut akan diberikan peluang untuk memperbaiki mutu kerja masing-masing dengan diselia oleh satu panel penilai yang bukannya ketua mereka. Bukannya terus dibuang. Sedangkan dalam menghantar SKTpun penjawat awam boleh membantah markah yang dinilai oleh Pegawai Penilai Pertama.

Sebenarnya yang selalu bermasalah dalam penjawat awam ini ialah mereka yang sibuk berpersatuan dan kerja terpaksa orang lain siapkan. Mungkin itu agaknya yang membimbangkan Cuepacs.

2 comments:

HHalem said...

Dah cek ngn sekolah2..x der manusia yg dapat bawah 70% semenjak dari dulu lagi.

Yg dapat bawah 70%, biasanya Chegu Mental, mcm Chegu Maarof..

Chegu Mental disenaraikan bawa Skim Mental..itu pun ada markah sendiri..

Benda ni dah lama ada..cuma yg betul ketegaq bi** mcm Chegu Mala saja perlu dibuang..

Yg ketagaq bata** mcm Maarof pun perlu dihapuskan.

Tapi bila declare Mental semua selamat..

TENGGARA is SOUTHEAST said...

Tuan HH,
Declare mental dapat lesen besar!!!...masalahnya ada yang mental ngaku siuman.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI