TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, December 6, 2011

MAHFUDZ SAYU HATI, UMNO TIBAI DAP

Naib Presiden PAS, Mahfudz The Bean, sayu hati bebenor dia bila dalam perhimpunan agong UMNO yang lepas, ramai perwakilan menibai DAP. Tak terkata bagaimana sedihnya hati Mahfudz ni hinggakan mengeluarkan kenyataan meminta agar UMNO tak jadikan DAP sebagai 'punching bag'. (sini)


Mahfudz mungkin mengeluarkan kenyataan ini kerana sedar agaknya selama ini bukan DAP yang buat silap, tetapi PAS yang melakukan kesilapan kerana sanggup menjilat bontot DAP hingga menimbulkan kemarahan Melayu. Mungkin atas sebab itulah Mahfudz merasakan bahawa bukan DAP yang sepatutnya jadi 'punching bag' tetapi PAS. Ini kerana semuanya adalah kerana sikap gilakan kuasa dan kedudukan yang ada pada pemimpn PAS hingga sanggup tunduk dan lentok pada bahu DAP.

Tapi sedarnya Mahfudz macam sedar orang baru pulih dari kena sampuk. Walaupun tahu UMNO menegur kerana sayangkan PAS yang Melayu dan Islam dari terus terbelit dengan dakyah PAS, sekejap saja dia pusing mengatakan bahawa apa yang berlaku adalah salah UMNO sendiri, bukannya DAP. Katanya UMNO gunakan DAP untuk menakutkan orang Melayu.

Memang wajar UMNO menakutkan orang Melayu dengan DAP. Kerana DAP adalah anak didik PAP di Singapura. Cuba lihat, apakah nasib Melayu di Singapura pada hari ini? Mahfudz mungkin suka, sebab kat Singapura, kalau bulan Ramadan tak puasa dan makan dikhalayak ramai pun tak kena tangkap. Nak masuk bilik hotel dengan sapa pun boleh masuk, tak ada orang nak ketuk pintu minta sijil nikah!!!

1 comment:

Anonymous said...

kenapa masih dibela org yg dahulunya terang-terangan anti melayu dan anti Islam??? terlalu mudah Pas ditipu Dap..atau mereka sengaja butakan mata dan hati hanya kerana ingin berkuasa???

ARTIKEL HANGAT BULAN INI