Mazlan Aliman dan ANAKnya yang semakin terdesak dengan isu penyenaraian FGVH berikutan penerimaan yang semakin baik dari kalangan peneroka bertemu dengan Ku Li untuk mencari sokongan. Selain itu difahamkan juga ANAK akan bertemu dengan bekas pengerusi, Tan Sri Raja Alias Raja Ali.
Mazlan dan ANAKnya nampak akan impak dari penyenaraian itu nanti pasti akan menguburkan terus PAS di kawasan FELDA. Yang masih tidak sedar akan kebaikan penyenaraian tersebut hanya tinggal sebilangan kecil penyokong totok PAS sahaja, namun sekiranya mereka telah menerima kesan dari penyenaraian tersebut, aku percaya Mazlan Aliman dan ANAKnya akan terus berkubur.
Apapun natijah dari perjumpaan tersebut ialah apakah Ku Li akan menyokong ANAK dan secara tidak langsung mengkhianati rezeki rakyat Kelantan? Mengapa dikatakan begitu? Ini kerana melalui penyenaraian tersebut, kerajaan negeri yang menyumbang tanah kepada FELDA juga akan mempunyai pegangan saham dalam FGVH. Bagaimanapun peratusan yang diperolehi Kelantan mungkin tidak sama dengan yang akan diperolehi oleh kerajaan Sabah, Pahang dan Johor. Ini kerana Sabah, Pahang dan Johor antara negeri yang mempunyai keluasan FELDA yang tinggi berbanding Kelantan.
Apakah Ku Li akan rela dikulikan oleh Mazlan Aliman hanya kerana ingin menentang kebaikan yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan terhadap orang Melayu?
Kepada para peneroka sekali lagi diingatkan, sekiranya penyenaraian ini tidak mendatangkan kebaikan dan memberi kelebihan politik kepada PAS, nescaya Mazlan Aliman tidak akan berhempas pulas menentangnya. Mazlan dan ANAK menentangnya kerana kebaikan yang akan diperolehi oleh peneroka akan menyebabkan PAS akan terus dipinggirkan oleh Melayu yang majoritinya di FELDA.
No comments:
Post a Comment