TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, December 17, 2011

MAZLAN TEMBERANG LAGI KAT PENEROKA

Betul ke isu penyenaraian Felda Global akan menyebabkan 54 kerusi Parlimen BN akan tergugat sepertimana kata Mazlan Aliman? Nampak sangat dakwaan Mazlan tu temberang. 

Apakah Mazlan Aliman begitu prihatin nak jaga kepentingan 54 kerusi Parlimen BN tu? Kalau betul isu Felda sekarang ini akan merugikan BN dan menguntungkan pembangkang terutamanya PAS, Mazlan Aliman tak akan menjerit. Dia akan tersenyum diam-diam dan tentunya mencongak mana-mana kerusi Parlimen atau DUN yang hendak ditandinginya pada PRU13 nanti. Lebih-lebih lagi dia bukannya sekali mengidam nak jadi YB.

Kiranya benar apa yang dibuat oleh kerajaan hanya akan merugikan peneroka dan menyebabkan peneroka marah dan kerajaan BN hilang sokongan, Mazlan Aliman akan hanya membiarkan sahaja isu tersebut demi untuk kepentingan politik pembangkang. Malah puak pembangkang juga tidak akan menegur kesilapan tersebut kerana itu merupakan modal untuk mereka meraih undi nanti.

Apa yang mereka bimbangkan ialah selepas penyenaraian tersebut, peneroka akan tersedar betapa murninya hasrat kerajaan untuk meninggikan lagi tahap ekonomi para peneroka dan hal ini tentunya nanti akan menguburkan terus pembangkang di Felda. Itulah ketakutan sebenar yang dihadapi oleh puak pembangkang, mereka bukannya suka melihat peneroka Felda terlebih senang!

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI