TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, December 25, 2011

PAS?

PAS yang ada pada hari ini telah ditubuhkan pada 4 April 1956. Sementara FELDA yang sibuk diperkatakan oleh PAS telah ditubuhkan pada tahun 6 Julai 1956. Maknanya PAS cuma tua 3 bulan aje dari FELDA.


Dalam tempoh yang sama FELDA telah berjaya meningkatkan ekonomi 112635 keluarga (keluarga, bukan orang) melalui rancangan tanah FELDA dan 23000 keluarga lagi melalui kakitangan FELDA.

Dalam tempoh yang sama juga, APA SUMBANGAN PAS KEPADA WARGA PENEROKA dalam meningkatkan ekonomi mereka dan seterusnya membantu mengembangkan ekonomi negara?

Selepas tempoh yang sama, tiada peneroka mahupun kakitangan FELDA yang masih lagi memegang tabung meminta derma kehulu-kehilir sebagaimana PAS yang terpaksa berbuat begitu untuk memastikan PAS terus hidup.

Dalam tempoh yang sama juga, rasanya rakyat yang mendapat manfaat dari FELDA jauh lebih ramai dari jumlah ahli PAS sendiri yang tidak mendapat apa-apa manfaat dari PAS sehinggakan untuk meminta sokongan bantuan buku sekolah pun terpaksa meminta sokongan dari pemimpin UMNO.

Bila PAS nak cermin muka dan berasa malu pada diri sendiri? Masa orang FELDA susah, PAS langsung tiada bayang, bila orang FELDA dah mewah, mereka mengaku semua orang FELDA sahabat, saudara, pengikut, penyokong dan entah apa lagi kepada mereka.



No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI