Borang untuk memohon kelayakan sebagai penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia sebanyak RM500 bagi satu ketua keluarga telah mula diedarkan. Ketika orang lain sibuk memperkatakan lokasi dan tempat di mana borang tersebut boleh diperolehi, aku lebih suka untuk mengulas mengenai rakyat Malaysia yang mempunyai 2 sisi.
Perkara ini bukannya berlaku kepada semua orang, tetapi cuma segelintir sahaja. Segelintir inilah sebenarnya yang merosakkan. Mentaliti golongan inilah yang menggagal hasrat murni kerajaan.
Sisi pertama golongan ini;
Ketika ingin membuat hire purchase, samada kereta, rumah dan sebagainya. Mereka tanpa segan silu, malah kalau terpaksa mengubah jumlah gaji dalam payslip untuk menunjukkan betapa mereka mampu untuk berhutang. Akan keluarlah segala resit-resit terima hasil dari sewa rumah, pajak kebun dan sebagainya.
Sisi kedua pula bila bab nak dapat bantuan;
Akan berlaku juga kes mengubah slip gaji, yang banyak jadi sedikit. Kalau ada hasil rumah sewa, pajak kebun dan lain-lain, semuanya disembunyikan. Walaupun mampu, tetap mahukan juga bantuan, lebih-lebih lagi apabila kononnya dinamakan duit kerajaan.
Untuk itu, diharapkan agensi pelaksana BR1M akan lebih teliti dalam meluluskan bantuan ini. Walau bagaimanapun kaedah penetapan kadar maksima pendapatan isirumah agak kurang tepat dalam menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan. Sepatutnya BR1M ini dibuat berdasarkan perkapita isi rumah dan dengan itu rasanya akan lebih menepati sasaran.
1 comment:
Ini semua kerja org PAS ngn PKR, Tuan.
Umno tak terlibat..
Post a Comment