TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, January 8, 2012

INI BUKAN MELAWAK, INI MENIPU!

Dalam siri jelajah terakhirnya sebelum 901, Nuar Berahim dengan berapi-api mengatakan bahawa perjuangannya dan puak pakatan adalah perjuangan untuk membebaskan negara ini dari kancah rasuah, selain menegakkan demokrasi dan keadilan serta menolong rakyat miskin. Pada pentas ceramah itu juga dikhabarkan kepada rakyat kononnya dia tak gentar dipenjara.

Namun pada ceramah yang sama juga dinyatakan bahawa sekiranya dia dipenjara, dan Pakatan berjaya membentuk kerajaan, akan ada 'PM sementara'. Apakah makna semua itu?

Apakah sekiranya Pakatan berjaya membentuk kerajaan dan pada masa yang sama sistem kehakiman kita telah mendapati dia bersalah meliwat, maka untuk membebaskannya dari penjara dan untuk membolehkan Nuar mengambil jawatan PM dari PM sementara maka Pakatan akan meluluskan satu akta baru yang menghalalkan liwat? Bila liwat halal, maka dengan sendirinya Nuar terbebas dari penjara.

Dengan ungkapan PM sementara, jelaslah Nuar Berahim akan mempergunakan segala helah untuk mengheret rakyat untuk sama-sama melibatkan diri menghalalkan segala perbuatan salahnya. Apa yang dikejarnya sekarang untuk ke Putrajaya bukanlah untuk kepentingan rakyat, tetapi hanyalah untuk kepentingan dirinya sendiri -untuk memastikan bahawa dirinya terbebas dari hukuman dan undang-undang serta memenuhi impian serakahnya untuk menjadi PM Malaysia. Fikir-fikirkanlah.

4 comments:

Anonymous said...

siang malam ingat nak jadi PM....apa maknanya ni.....tak jadi pm pon boleh berkhidmat tuk raakyat...atau kapal sigh dah ugut dia,kalau tak dapat jawatan pm,dia nak pecahkan rahsia anwar...

nonbal said...

Bagi pihak pendokong anwar, mereka tak akan sekali-2 terpengaruh dan percaya dengan apapun alasan yang diberi yang membuktikan anwar meliwat, berzina dsb. Mereka telah menutup mata dan telinga dari sebarang kebenaran. Mereka tegar dan mempunyai ciri-2 kaum jahilliyah zaman Rasullullah saw.

Dot said...

matahatiperutpedal dah buta dek taksub melampau2!!

Anonymous said...

Memang anwar suka nak jadik PM dan dia memang layak di gelar PM aku setuju kenapa korang tak boleh terima Anwar ni sebagaiPM kenapa))))))))PM= PAKAR MELIWAT

ARTIKEL HANGAT BULAN INI