TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Saturday, January 7, 2012

MENGAPA HENDAK SANGAT BERHIMPUN



Kalau Pok Nik bertanya kenapa kerajaan BN takut dengan perhimpunan beramai-ramai tanpa permit, rasanya rakyat dah nampak banyak jawapannya. Antaranya ialah para pengikut Pok Nik perangainya semua mengalahkan monyet terlepas dari ikatan.

Bagi perhimpunan 901 ini pula suka pulak kita nak bertanya kembali, kenapa seronok sangat nak berhimpun mendengar berita penghakiman si Gay tua tu. Kalau tak berhimpun pun rasanya, tak sampai 10 minit beritanya dah tersebar ke seluruh pelusuk dunia. 

Nak salam terakhir dengan Nuar, rasanya tak ada yang berpeluang melakukannya kerana kawalan yang ketat. Nak tolong hantar dia ke Sunagi Buloh kalau didapati bersalah, tak payah... tu kerja polis dan jabatan penjara.

Jadi apa rasionalnya orang tua yang dah nak mati macam Pok Nik menyeru orang ramai-ramai supaya berkumpul kat mahkamah tu. Hari Senin, hari orang kerja, hari orang ramai nak pergi bank nak masukkan duit. Mahkamah tu duduknya kat tengah bandar, bukannya tengah hutan. Patut dah tua-tua ni nasihatkan yang muda-muda tu supaya pakai otak, nak sokong pun, sokonglah, tapi jangan menyusahkan polis, susahkan orang meniaga, susahkan orang nak pergi kerja. Nampak gaya makin tua, otak makin tak boleh pakai.

Seronok dan beria-ia sangat nak berhimpun tu kenapa? Berapa Nuar bagi duit? Seorang dapat berapa ratus? Takkan datang dan balik dengan tangan kosong aje. Nak datang tu bermodal, bukannya pejam mata sampai. Jangan-jangan selaku ketua, ada komisyen per kepala yang Nuar bayar tak? Korang ingat kenapa ya dia orang gila sangat nak berhimpun? ...aku musykil!!!


2 comments:

Anonymous said...

RM250 SORANG BHAI pasai tu nak turun

Anonymous said...

Bukan takut tapi ianya menyusahkan masyarakat setempat. Lagi pun merugikan wang rakyat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI