TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Monday, January 2, 2012

RUTIN TAHUN LEPAS DAH BERMULA LAGI

Bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu, esok bebudak dah memulakan sesi persekolahan untuk tahun 2012. Sementara negeri-negeri lain akan bermula pada hari Rabu ini, 4 Jan.


Ha...ha...haa, dah periksa persiapan anak-anak untuk ke sekolah esok? Yang dah biasa bersekolah, tiada apa yang nak dirisaukan. Apa yang menarik esok ialah menyaksikan anak-anak yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Macam-macam karenah, hingga ada mak dan bapak sekali kena sekolah.

Yang tu satu hal. Bagi bebudak U yang merusuh semalam, esok kebanyakkannya dah mula exam. Dah cukup ke persediaan hingga boleh bersengkang mata berguling kat atas jalan? Apapun, demi kebaikan adik-adik semua, semuanya tetap didoakan agar mencapai keputusan yang cemerlang. Insyaallah. Lepas periksa nanti, menung kejap, fikirkan semula tindakan-tindakan gila kamu pada malam tahun baru yang lepas dan bayangkan pula bagaimana kalau kamu kantul pada exam kali ini, bayangkan rupa ibu dan bapak yang mengharap di kampung!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI