TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, March 31, 2012

DIN PUDU SUGUL DAP MAHU JAWATAN MB JOHOR


Kesian kat Din Pudu. Muka nampak sedih malah bunyi cakapnya lagilah sedih. Seolah-olah ada sesuatu yang terbuku.

Dalam Majlis Makan Malam dan Dialog Wartawan pemimpin PR semalam, Din berkata dia balik dan bertanding di Johor bukan berhasrat untuk mahu menjadi MB. Menurut Din, Johor ada Pesuruh Jaya PAS yang berkaliber iaitu Datuk Mahfodz Mohamed.

Cuma aku rasa, kalau setakat Mahfodz sahaja yang nak jadi MB Johor, mungkin nada Din Pudu agak lain sikit. Mungkin ada tekanan lain buat Din Pudu bila dia juga berkata, 
"Begitu juga Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipimpinan bekas pemimpin MCA yang kini bersama PR iaitu Datuk Chua Jui Meng manakala DAP pula dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Dr Boo Cheng Hau yang sudah menunjukkan kemampuan hebat sebagai ketua pembangkang negeri".

Apakah maknanya Jui Meng dan Cheng Hau juga mengidam untuk jadi MB Johor? Kata orang, kalau tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang? Patutlah, tempohari, Mazlan Aliman menggantung kain rentang "Menteri Besar DAP?" di Tenggara.



Nampak gayanya, puak PR juga dah semakin yakin memasang angan-angan untuk menjadi MB Johor. Maknanya kalau Pakatan menang di Johor, pasti akan bergolak juga isu siapa yang akan jadi MB. Kalau PAS, mestilah PAS yang pass pada mata DAP.

Keyakinan PR akhir-akhir ini semakin tinggi berikutan banyaknya rungutan rakyat Johor terhadap Ghani Othman. Banyak isu yang Ghani gagal jelaskan kepada rakyat, antaranya isu KFC, isu Dana Johor, isu Tebrau Teguh, isu perjawatan guru-guru agama, isu towkey Lim Kang Ho, malahan isu Batu Puteh dan beberapa isu lain telah mula meniti dibibir rakyat.

BN mungkin mampu mempertahankan Johor dari PR, tetapi kalau menang, biarlah menang bergaya. Untuk itu, Ghani Othman dan jenteranya perlu segera menjawab persoalan-persolan serta menyelesaikan apa juga yang tertangguh dengan kadar segera. Jika tidakpun, DS Najib perlu segera mengumumkan pengganti Ghani ataupun mengumumkan bahawa Ghani tidak lagi bertanding untuk PRU 13 nanti. Sekurang-kurangnya ini akan mampu melegakan kemarahan rakyat Johor.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI