TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, March 25, 2012

HOT!!!...MAZLAN ALIMAN JADI BOMOH!


Mula-mula jampi dan serapah, sembur-sembur sikit dalam air tu, lepas tu baca doa. Jampi dan serapah tu tak boleh kuat-kuat, nanti orang dengar. Doa dia baca kuat sikit, sebab mintak orang aminkan.

Mazlan jadi bomoh ni kat Kuala Triang. Handal ko Lan. Kat mana ko belajar jadi bomoh ni? Lepas ni, mana-mana ANAK Felda yang sakit dan tak ada duit nak pergi sepital, boleh le mintak tolong Mazlan jampikan. Nanti kumat-kamit Mazlan berserapah;

          Hai jin, hai jembalang,
          berasal usul di Bukit Ramun;
          Bodohlah engkau aku temberang,
          menang PRU, habis ku samun.

Pengerasnya, ikut ikhlas aje, tapi cuma yang ada iklan kat Harakah aje, sebab tu syarat yang Tok Guru bagi...he...he...he.

Inilah topeng-topeng pemimpin PAS. Sanggup jadi apa sahaja untuk dapat undi. Tak tau le kalau sebelum ni Mazlan memang pernah jadi bomoh. Ini kena tanya dengan orang Bukit Ramun.

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI