TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, March 28, 2012

HOTTT....PAS AKAN BERSATU DENGAN UMNO


Apakah PAS akan bersatu dengan UMNO? Tertanya-tanya juga, sebab kalau melihat kepada tanda-tanda, ianya bukan setakat kerjasama lagi, tetapi bersatu. Tanda-tanda ini kalau Nuar Berahim perasan, kalau Kit Siang perasan, boleh jadi pitam dan silap-silap mati terperanjat memandangkan PRU dah semakin hampir.

Mungkin pembaca juga tertanya-tanya mengapa aku bertanya sebegitu rupa. Sebenarnya lencana FB Rasmi PAS Pusat yang membuatkan timbul seribu persoalan kepada aku. Bulan PAS dah bertukar menjadi hijau di atas bendera merah putih sebagaimana lambang UMNO. Oleh kerana ianya merupakan FB rasmi dan dipunyai oleh PAS Pusat pula, tentulah dalam membuat lencana tersebut pelbagai perkiraan telah diambil dan bukannya semberono. Pasti ada yang tersirat disebalik semua itu. 


Kalaulah benar dan menjadi kenyataan PAS bersatu ataupun bekerjasama dengan UMNO, aku sangat mengalu-alukan. Aku mengharapkan lambang tersebut merupakan satu petanda yang baik untuk semua umat Melayu dan Islam di Malaysia ini. Aku harap, kalaupun PAS menyedari bahawa pemilihan lambang tersebut merupakan satu kesilapan, diharapkan ianya diterima sebagai satu petunjuk untuk Islam dan Melayu agar bersatu dan bukannya menyalahkan UMNO dengan mengatakan UMNO yang bukak akaun FB tersebut. 

Eloklah tu, dah terlanjur berlambangkan yang hampir serupa, mengapa tidak sama-sama mencari jalan persefahaman untuk kebaikan Islam dan Melayu. Kalaulah terjadi PAS bersatu atau bekerjasama dengan UMNO, pasti DAP akan terjun ke laut dan Nuar Berahim akan lari ke Jurusalem.


4 comments:

Anonymous said...

DAP BERGABUNG DGN DONG ZONG ADALAH ANCAMAN REAL.
PAS DAN UMNO MESTI BERSATU UNTUK MASA DEPAN UGAMA BANGSA N NEGARA.

KL POS said...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

KL POS memohon jasa baik pihak anda menyenaraikan laman kami ini di antara senarai 'BLOG PILIHAN' di blog anda mnerusi
http://klpos.com/ agar info KL POS dapat dikongsi bersama pengunjung blog anda.


Semoga kita dapat berkongsi info dan pandangan membina khas buat tatapan masyarakat Malaysia amnya.


Sekian, Kerjasama dan info terbaik dari blog anda amat KL POS Kagumi. Terima Kasih.



"Paparan Info Politik menjangkaui sempadan ideologi."



KL POS Media and Services

http://klpos.com/

Anonymous said...

bendera tu dah lama wujud lh....xtau sejak bl... tp mmg dah lama aku tgk...pas je yg jarang guna bendera tu...agaknye tu bendera asal pas kot...maklum lh...pas dulu sebahagian dari umno..

Anonymous said...

budak pas yg buat bendera tu sure kene pecat lpas ni, sbb PAS pusat dah dikuasai oleh geng toteyy...hehehe...

alangkan ustaz nasha kene tendang, apa la sangat bdak yg buat bendera tu, terus melambung kene tendang....ekekeke

aris
sg lui

ARTIKEL HANGAT BULAN INI