TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, March 23, 2012

JOHOR BERANI KE PERKENALKAN CALON AWAL

Di mukasurat 5, Utusan Malaysia hari ini, diberitakan bahawa UMNO Kelantan pada dasarnya bersetuju dengan cadangan agar calon pilihanraya diumumkan lebih awal bagi membolehkan gerak kerja menghadapi hari pilihanraya itu dipertingkatkan.

Boleh tepat ke lagi aim tu Datuk?
Aku sokong sangat dengan kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, DS Mustapa Mahamed itu. Kalau calon dah diumumkan awal-awal banyak kekurangan calon yang akan dapat kita kesan. Popular atau tidak calon tersebut dah dapat diukur dahulu dan kalau perlu buat pertukaran, masih ada masa untuk ditukar.

Yang paling penting sekali dah dapat tahu mana yang merajuk dan terus malas nak kempen. Orang-orang ni kalau boleh kita pujuk, maka ada masa untuk dipujuk dan dihalang dari mengacau bilaukan sokongan pengundi. Kalau boleh, umumkan sekali calon MBnya sekali! Kalau dah tua sangat, boleh mintak yang muda sikit. Kalau lembut sangat boleh mintak yang keras sedikit.

Apapun itu kat negeri orang. Camna kat negeri aku Johor? Datuk Ghani Othman ada berani ke nak umum dan namakan calon awal-awal? Orang Johor majoritinya nak sangat tau, apake kat Johor ni tak ada yang layak nak gantikan Ghani? 



1 comment:

Anonymous said...

tolong lah AGO...umumkan calon dengan syarat nama anda tidak ada..orang Johor kata dah lah kalau ni kau nak jadi MB 4 terms..dah lama benor!!!!

ARTIKEL HANGAT BULAN INI