TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, April 1, 2012

AWANG HITAM IKUT JEJAK PUAK PAKATAN

Inilah akibatnya. Bila rakyat sendiri tidak menunjukkan hormat kepada pemerintah, bila rasa tidak puas hati, pergi ke jalanraya berguling, maka orang luar yang cuma beberapa kerat juga berani berbuat perkara yang sama. Berkumpul dan merusuh ikut sesuka hati mereka sahaja. Diharapkan pihak berwajib mengambil tindakan segera terhadap yang merusuh ini dan hantar pulang ke negara asal mereka dengan segera.



KAJANG - Kira-kira 200 'Awang Hitam' yang tinggal di Kondominium Venice Hill, Batu 9 di sini merusuh setelah mereka tidak berpuas hati dengan tindakan tujuh anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang didakwa memukul seorang pelajar warga Nigeria di pekarangan kondominium itu semalam.


Rusuhan pada pukul 12 tengah hari itu menyebabkan sebuah pondok pengawal di pintu masuk utama dan salah satu pejabat pengurusan di blok Tower 3 kondominium tersebut rosak dipecahkan kumpulan tersebut.


Seorang saksi berkata, warga Nigeria terbabit bertindak berkumpul di tepi jalan dengan membawa parang dan batang besi kerana tidak berpuas hati rakan mereka dipukul.


Kejadian itu dikatakan berpunca apabila suspek berusia 35 tahun yang juga seorang pelajar sebuah kolej di sini didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang tukang cuci wanita tempatan berusia 43 tahun.


Lelaki berkenaan didakwa bertindak memeluk, mencium serta mencabul mangsa terbabit ketika wanita melakukan kerja mencuci di tingkat 15 blok Tower 3 kondominium tersebut pada pukul 11.30 pagi.    -Sumber



2 comments:

Anonymous said...

hampir aku nk bodohkan dah...
benda tajuk lain tp buat provok tajuk laen...nak cri publisiti kew...

Anonymous said...

tgk awang hitam tahu ada apa kes... mmg la ngok mana2 kaum pun akan berkumpul kalu benda mcm ni...pihak salah tak salah tu belakang citerrr.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI