TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, April 5, 2012

DAH PENCEN, PUN NAK LAGI



MUBARAK mahu bekas wakil rakyat turut dipertimbangkan untuk menjadi calon pada PRU 13 nanti. Menurut Presidennya, nama-nama yang layak dah ada dan dalam peringkat penelitian untuk diserahkan kepada pucuk pimpinan BN.

Dalam bab ni, no komen, malah kalau rekod calon-calon tu memang kuat kerja, garang dengan pembangkang, rakyat suka, tak salah dinamakan semula. Terutamanya, peluang patut diberikan kepada bekas-bekas wakil rakyat yang dicantas dalam PRU yang lepas yang mana calon baru gagal mempertahankan kerusi kerana faktor undi protes oleh pengundi yang masih sayangkan YB lama mereka. Tapi kalau YB yang dicantas tu turut protes dan tak tolong kempen masa PRU lepas, jangan le pulak dicalonkan semula.

Lagipun rasanya, ramai bekas YB-YB BN yang hebat-hebat yang masih kuat dan bertenaga jika dibandingkan dengan Pok Nik, Kit Siang dan Karpal Singh yang masih tak pencen-pencen!



1 comment:

Anonymous said...

Udah-udahlah tu Ajis. Awak ni macam tak percaya dengan kepimpinan Najib dan pelapis muda jer.! Hebat sangatkah kamu semua?. Bersara jerlah, jagalah anak-anak cucu tu. Inilah masalahnya jika menganggap diri hebat. Nak jadi macam Nik Aziz ke?. Kita kena ingat pengundi sekarang ni bukannya pengundi yang mengundi semasa era kamu semua dulu. Pengundi sekarang terdiri dari pengundi muda yang memerlukan kepimpinan orang muda bukannya pemimpin yang dah tamat tempoh atau 'expired'.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI