Membaca berita di bawah ini, membuatkan ada rasa kasihan, rasa sedih, rasa marah, ada perasaan yang bercampur. Hanya kerana sehelai uniform, seorang pelajar sanggup membakar dirinya sendiri.
Berdasarkan berita yang ditulis, murid yang berumur 13 tahun ini menuntut di sebuah sekolah swasta atas tajaan. Biasanya, apabila seseorang murid mendapat tajaan, ia adalah dari kalangan yang cerdas dan bijak. Namun kecerdasan dan kebijakan seorang murid seusia 13 tahun belum dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya tentang keupayaan keluarganya dan keluarga murid yang lain.
A Pakistani schoolboy died after dousing himself in petrol and setting himself alight because his family couldn't afford to buy him a school uniform.
Promising student Kamran Khan, 13, attended a local private school for free on a scholarship but was embarrassed his parents couldn't replace his old worn-out school uniform.
When his parents refused to buy him a new one he threatened to commit suicide before dousing himself in petrol and setting himself on fire.
Berdasarkan kejadian di atas itulah, terkadang ramai ibubapa yang berpendapatan rendah sekarang ini gusar untuk menempatkan anak-anak yang cemerlang di sekolah-sekolah terpilih mahupun yang berasrama. Ini kerana jurang pendapatan keluarga yang terlalu besar serta PIBG yang kerap dimonopoli oleh golongan berpendapatan tinggi dan terpelajar menyebabkan terlalu banyak tuntutan-tuntutan yang menimbulkan ketakutan terhadap ibubapa kerana dibimbangi anak mereka akan merasa rendah diri.
Sudah banyak sekolah-sekolah yang baik samada yang berasrama penuh atau tidak, semakin ditakuti oleh golongan berpendapatan rendah memandangkan bayaran-bayaran bukan wajib yang diwajibkan yang terpaksa dibayar hanya untuk nampak segak ataupun memudahkan golongan yang berkemampuan. Umpamanya, selain dari uniform rasmi sekolah, perlu ada baju melayu sedondon, baju sembahyang Jumaat sedondon, baju batik, wajib melanggan dobi dan sebagainya. Apakah ianya keperluan?
3 comments:
TiS,
pengalaman anak sulung ambo bersekolah disekolah asrama, sek sains dulu 2000-2004, semua anak2 orang 'miskin' terutamanya mrk yg tidak menunjukkan slip gaji berpeluang mendapat biasiswa penuh semasa belajar, masa nak raya dpt 3,4 pasang kain buat baju raya & pergi melawat2 keluar kawasan semunya free & dapat duit poket lagi...
anak ambo selalu menangis bila dia bandingkan dirinya dgn mrk yg katanya anak2 orang berada sebenarnya. sebaliknya menipu masa isi borang kata duduk dgn atuk, mak sedara & kaum keluarga yg miskin di kampung sdangkan bila ibubapa sendiri dtg melawat dgn kereta mewah, makanan mewah berbanding ambo yg gi melawat anak ujung minggu dgn proton lusuh, maklumlah anak2 ramai, kecik2, tk dapat nak berikan kemewahan terutama kpd anak sulung. anak dpat makan bihun goreng kosong dari rumah pun dah cukup baik sedangkan anak2 orang 'miskin' tu makan pizza dr pizza hut, mcdonald la, kfc drum besar lagi!!
ambo kata ka anak ambo biarlah krn berlaku jujur itu lebih baik dari makan hak orang lain! masa tu ambo baru dg41, anak 6, semua sekolah, org rumah pembantu pejabat shj...jd serba serbi kurang masa tu..
sekarang anak dah graduat chemical engineering bwh petronas, Alhamdulillah. adik2 pun dah berjaya lps spm masing2 dgn cemerlang, terbaru dpt 10A, memang rezki Allah SWT, tinggal sibungsu tahun3...mula merasai nikmat bahagia, dah nak naik dg48 ni, Alhamdulillah bnyk2...
Anti Bohmau,
Tahniah atas kejayaan anak-anak. Seronok dengar berita anak-anak yang berjaya. Saya masih mengharap. Dua anak masih di Sek Men. Alhamdulillah, keduanya sekolah berasrama. Seorang masih di Sek. Ren dan seorang lagi masih lum sekolah. Hu...hu...jauh lagi nak menunggu!
kesian. di msia ni tak dak sapa yg nak mati sbb baju unifom skolah. di msia kalau miskin sgnt boleh mohon duit PIBG. masa aku sekolah dulu ada biasiswa kjjan persekutuan. ada seorg prof di UPM, nama dia kalau tak silap prof dr ishak, dulu salah seorg penerima biasiswa kjaan persekutuan. dia dulu miskin sgnt, tapi skrg dia balas balik jasa kjaan dgn tolong 1 msia, tolong negara. dulu aku pernah ambil satu paper prof ni masa buat phd di upm dulu.
Post a Comment