Din Pudu dah meninggalkan Kubang Kerian. Sekarang Din sibuk melawat kawasan baru di Johor. Tengah tercari-cari mana kawasan yang sesuai untuk bertenggek. Belum bubar parlimen lagi Din Pudu dah meninggalkan orang-orang yang mengundinya dahulu dan mula pulak nak tabur janji kat negeri Johor. Gambar di atas adalah gambar Din berjumpa pengundi di sekitar Sedenak, Kulai, Johor.
Apa yang kesiannya ialah sampai ke hari ini Din masih belum yakin mana satu kerusi yang mahu ditandinginya. Mungkin belum jumpa kawasan yang hijau lagi, semuanya biru.
Apakata kalau Din Pudu bertanding di Tenggara? Tak kan Mazlan Aliman yang begitu hebat tak boleh membantu untuk kemenangan naib presidennya. Mazlan yang dikhabarkan begitu hebat seantero Malaya, takkan tak mampu menyediakan satu kerusi selamat untuk Din di Johor?
Mazlan Aliman sebenarnya seronok Din balik bertanding di Johor, sebab kalau boleh kali ni dia pulak yang nak mengendeng dengan Pok Nik agar diberikan tiket bertanding di Kelantan. Maklum le, PAS lebih yakin untuk menang di Kelantan, Mazlan nak juga merasa title YB. Itu yang Mazlan dalam sebulan cuma sehari dua aje kat Bukit Ramun, selebihnya merayau ke Kelantan.
No comments:
Post a Comment