PAS Johor Penakut! Kenapa aku kata begitu? Tengok aje iklan yang dipasang oleh PAS Johor, mereka cuma berani tawarkan 3 perkara aje kalau menang.
Apa le ada dengan 3 perkara tu. Setakat air percuma? PAS memang dah selalu bermodalkan air liur. PAS nak turunkan minyak dan tol? Telaga minyak dan lebuhraya tu PAS punya ke? Kalau minyak lintah yang turun harga, aku percaya. Yang ketiga tu lagi le tak stim nak dengar, sebabnya aku bukannya ada tanah, setakat tapak rumah aje.
Tapi pelik juga. Kenapa PAS Johor tak berani janjikan syurga? Atau mungkin PAS Johor belum habis menuntut dengan Pok Nik? Kalau orang PAS Johor belum habis menuntut dengan Pok Nik, belum berani nak tawarkan syurga Pok Nik, tak payah le bertanding dalam PRU 13 ni di Johor. Sokong aje BN.
Apapun, itulah hebatnya orang Johor. PAS yang begitu taksub dengan janji syurganya, tak berani berjanji syurga dengan orang Johor. Mungkin ini juga akibat dari Salahudin Ayob yang terkeluar dari senarai syurga Pok Nik di Kelantan dan terpaksa mencari syurga baru di Johor yang masih tak jelas tempatnya.
No comments:
Post a Comment